Khamis, 22 Oktober 2009

moral anak-anak malaysia!!

syawal telah pun beberapa hari meninggalkan umat islam...namun kehangatannya masih dirasai oleh sesetengah orang.. dalam kemeriahan umat islam menyambut hari lebaran, sering saja kita terlihat di dada akhbar pelbagai kes jenayah yang berlaku acap kali.. ocehan ku ini bukan lah ingin menempelak mana2 pihak namun sebagai manusia, kita dituntut dalam agama supaya berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan lah dengan kesabaran. ragut, rempit, rogol dll semuanya trjadi disebabkan masalah keruntuhan moral anak-anak kita zaman sekarang.

masalah moral bukan sahaja menjadi titik tolak kepada kepincangan negara tetapi juga masalah kepada keluarga bahagia. semalam aku baru sahaja menonton program 360 di tv3.. isu yang dibentangkan ialah masalah hidu gam di kalangan pelajar sekolah. memang tidak dinafikan masalah ini melibatkan penglibatan semua pihak.. perngaruh rakan sebaya mendorong kepada masalah ini. acapkali aku terlihat anak-anak malaysia ini mengidu gam dan kemudian lalok di jalanan.. terkadang ingin sekali aku menegur mereka dan menyapa, namun padangan masyarakat membuatkan aku berfikir kedua kalinya.

masyarakat acapkali memang serong kepada mereka namun tidak pula menghulurkan tangan membantu..apakandaya aku hanyalah insan biasa yang petah menulis di dalam blog sahaja.. kalau masyarakat bisa mengubah persepsi mereka aku yakin malaysia bisa membendung masalah moral anak-anak in. perhatikanlah anak-anak jiran anda, layan lah mereka seperti mana anda menjagai anak anda...

Khamis, 1 Oktober 2009

sri langkasuka Vs Sala Classic




kembali ke IPGM KamDA, rakan sekelas aku mengajakku beraya di sekitar Aloq Staq. bukannya beraya di rumah pensyarah, tapi g menghabiskan duit di restoran Seafood...
raya ke-8 aku p restoran Sala Classic di jalan pendang-butterworth...
kami makan siakap tiga rasa, sayur kangkung belacan, sotong tepong, tomyam campur dan teluq dadar untuk 5 orang makan...

manakala raya ke 10 aku g restoran Sri Langkasuka di tempat yang sama.
tapi aku makan mee sup je..
jaga badan
hahaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...