Sabtu, 22 Januari 2011

perjalanan yang tidak disangka (part 2 : gua kelam terseram)

seusai solat jumaat di masjid depan umah kak nadia (lupa plak nama masjid tu) parents kak nadia jamu kiteowg ngn makanan tradisi orang peglih.. penah dengar tak kuih tepuk lemak?? huhu.. lupa plak nak amek gambau bagi korang tengok.. kuih tu macam kuih koci tapi bentuk dye macam lepat pisang..rasa dye sedap-sedap berlemak..

pukul 3, kami pun bergerak ke gua kelam, dengan niat nak masuk gua kelam r..huhu..sampai je kat sana, gua kelam 1 xley masuk..menyesal plak pi gua kelam tu..pastu siha ajak pi gua kelam dua.. sampai je kat kaunter, kakak tu cakap keta api xley gerak lah dik, rosak dah.. kalo nak naik jugak kene jalan kaki..sowg rm5..

pas berdiskusi sebentar bersama kit kat, kiteowg pon setuju ja nak masuk ke gua kelam 2...
tanggapan awal aq, gua kelam 2 sama je dengan gua kelam satu...besar luas..
ternyata tanggapan aq meleset..wawawa..sempit, gelap...camne lah pelombong biji timah leh duk dalam tu..

jalan masuk ke gua kelam 2..scarry seyh

ney lah lubang tikus..depa dok cari bijih timah dalam lubang ney lah..

masa masuk rasa sejuk ja..angin gua meniup sepoi-sepoi bahasa..haha..sampai je ke 400 meter perjalanan baru lah kakak tour guide tu buat briefing..kak lily dok cerita bagaimana susah nya depa owg dulu-dulu nak cari bijih timah, sampai ada yang MATI dalam gua tu..depa bila dah dapat bijih timah tu depa akan korek sampai abes, depa xbagi kat orang lain dah.. terpisah daripada dunia luar, ada lah tulisan-tulisan di dinding gua yang menyatakan depa ney sayang akan gua kelam tu, tuhan xbagi depa keluar dah..

bumbung gua yang dah terbentuk sebegitu..

banjaran NAKAWAN..terbaeek

rm5 masuk ke dalam gua kelam dua sangat berbaloi, kalau banyak masa boleh lah naek sampai ke puncak..tapi dah pukul 5 masa tu..tempat tu akan ditutup..huhu..apa-apa pun GUA KELAM 2 memang terbaik..hehe

perjalanan yang tidak disangka (part1 : arab meet)

assalam..semalam, awal-awal pagi bangun dan bersiap-siap untuk ke perlis..huhu..xsabau-sabau rasanya nak pi padang besaq...trip to perlis join by kak nad, siha, kak nana, anep dan aq.. janji nak gerak pukul 8.30..last2 pukul 9.30 bawu nak gerak..haha..dalam kul 11 sampai umah kak nadia, pastu terus pi padang besar

kat padang besar, beli barang sikit untuk yang tersayang (mode: devil) haha...aq terserempak dengan sekumpulan budak-budak arab..depa dok shopping sakan beli baju kat sebuah gerai..masa anep gi tawar menawar, aq dengar lah budak-budak arap ney bercakap

arab 1 : lawa x baju warna ney (dalam bahasa arab tao)
arab 2: lawa seyh ( ada ke qawaid bahasa arab perkataan seyh)
arab 1: ada warna burtuqal x ( burtuqal tu warna oren)
aku : burtuqal tu oren kan (tetiba je menyampuk dalam bahasa melayu)
arab 2: naam, oren... (dye cakap dalam bahasa melayu
arab 3: can u speak arabic ( lebey kurang ar dye cakap macam tu)
aku : qolilan (sikit-sikit)
arab 3: masmuka (sapa nama)
aku : ismi azman
arab 3: wa ismi thoriq
aku : dah bape lama dok sini (dalam bahasa omputih)
arab 3: dah dekat tujuh bulan dah cheq oiii
aku : sume ney dari negeri mana??
arab 3: kami sume dari yaman, kamu dari mana?
aku : saya dari MELAKA, MALAYSIA..belajar di mana??
arab 3: di UNIMAP...
aku : sy kene pi dulu ney..nice to meet u thoriq.. (terkeluaq plak omputih)
arab 3: maa salamah
aku : ilal liqa'

85% cerita tu adalah benar...selebihnya ada imaginasi penulis sahaja..haha..terbaeek..
pastu siap beli barang suma..bungkus2 balik ke rumah kak nadia..huhu..
part 2 sabau dulu noo..huhu

Isnin, 17 Januari 2011

kifarah penebus dosa



Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)



Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.

Ahad, 16 Januari 2011

laut dan darat bertemu...





Dalil Tentang Makanan Darat Bercampur Makanan Laut
Postby razif »

salam semua.nak tahu, ada tak dalil yg melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut( ayam dan ikan) yg dikatakan boleh mengundang penyakit2 usus


Postby kamin »



wa'alaikumussalam

Alhamdulilah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Razif dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah

Tidak pula kami mendengar akan larangan mencampurkan makan laut dan darat sekali. Kaedah fiqh menyebut : Asal sesuatu itu harus, melainkan didatangkan dalil yang mengharamkannya.

Umat Islam dibenarkan makan dari makanan halal dan baik. Firman Allah :-

"Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. " [Surah al-Mu'minun : 51].

Sebagaimana yang kita sedia maklum dari maklumat kesihatan, bahawa penyakit-penyakit yang dihadapi oleh manusia adalah kerana mengambl makanan berlebih-lebihan. Pendapat ini tidak bercanggah dengan Firman Allah swt :-

"Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia. " [Surah Thaha :81].

Makan berlebihan merupakan sifat yang melampui batas dan ada kemungkinan seseorang itu mempunyai risiko tinggi menghadapi penyakit. Mengenai mencampurkan makanan darat dan laut, tidak pula diketahui akibat kesihatannya, WA.

Sekian, wassalam
POSTED BY AIZUDDIN AT 4:00 PM

http://makanansembelihan.blogspot.com/2010/01/dalil-tentang-makanan-darat-bercampur.html

Sabtu, 15 Januari 2011

seloka untuk MELAKA


dalam masa aq nak tidur, sempat jugak aq bukak utube nak layan MV..hmm..tetiba jumpa pulak dengan satu video daripada sapa tah, nyanyi seloka melaka..huhu..mak aih, sanggup buat seloka untuk MELAKA tersayang..thanx sesangat..haha..nak dengar lagu dye tak??



lirik lagu seloka melaka

Pandai-pandai orang Melaka
Batu dan alor menjadi gajah
Tanah merah menjadi Masjid
Kota Melaka dipindah-pindah

Hebat-hebat orang Melaka
Udang dan siput sungai melata
Balak pengkalan banyak di kuala
Pantai ramai puteri diraja

Apa diheran orang Melaka
Kampung penuh portugis dan jawa
Lubuk dan bukit diberi cina
Tanjung pula milik india

Saying-sayang orang Melaka
Durian tunggal berDaun sahaja
Paya lebar rumput sahaja,
Hanya tinggal batang Melaka

dalam lagu ney je, ada 19 tempat dalam negeri MELAKA yang depa duk sebut (kalo lebey sori)..huhu, bangga plak aq jadi rakyat melaka..huhu..xpe2 yang penting semangat kenegerian tu ada jugak kan...haha....k enjoy it k..renung-renungkan selamat beramal..


Jumaat, 14 Januari 2011

seminggu di kelas...

hari ahad : kelas pagi cam biasa, petang plak perhimpunan daripada pukul 2-5,,mak aih
lama giler..huhu..

hari isnin: kelas pagi sampai ke petang..wawawa...tetiba sem ney jek ada kelas
petang.huhu..malam, chit chat ngn haris.. :( kongsi citer ngn dye, thanx
4 being good frenz for me..

hari selasa: petang xde kelas..yeah..tapi ada perjumpaan kat dewan plak.. seb bek ada
owg kejutkan (miskol) thanx lan.. :D

hari rabu: lari pecut weyh...haha, tu lah malas nak jogg ag, kan dah sengal-sengal
satu badan..ney suma amin ngn che am nye pasal r..tp steady ag
beb..haha...

hari khamis: kelas arab, dah terasa sakit mencucuk2 kaki..pergh pesal pe plak ney..
xkan semalam nye pasal ariney bawu dapat effect?? huhu..jawabnye rest je
dlm bilik... :(

hari jumaat: cuti, yeah...pagi2 dah buat giler, pi jogg kat tasek..warh, xsampai satu
pusingan ankle aq dah mencucuk..terhenjut-henjut aq jalan.. tu r, len
kali warm up betol2..kan dah sakit..nak solat pon mau nanges r camney..

esok dan ahad: cuti..yeah..nak pi mana tak tao..huhu, nak maen msg je lah..kih3

header baru..huhu




header baru..hehe...wallpaper ramadhan..aq letak wallpaper ney pon sebab aq rasa tak sabar nak sambt ramadhan lagi..marhaban ya ramadhan..bulan penuh keberkatan, bulan kesabaran, bulan ibadah :( hmm..sekarang pon dok praktis berpuasa sunat..heheh..

penghulu segala hari

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda:
Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab;
tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.

Nabi Muhammad bersabda:
Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).

Sabtu, 8 Januari 2011

seloka bercinta!!!

Apa nak jadi dengan manusia,

semua benda nak kongsi bersama,

air segelas minum berdua,

konon setia katanya.



Yang lagi dahsyat,

berjalan kemana-mana pun nak berdua,

dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,

macam belangkas sentiasa berdua.



Inilah bahana orang bercinta,

bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.

Inilah sekarang punya remaja,

maaf andai terkasar bahasa,

bukan mengutuk bukan mengata,

semuanya realiti benar belaka.



Ada yang kata cinta itu buta...betul ke?

Kalau buta dimana matanya?

Ada yang kata cinta itu gila...

macam-macam pengertian remaja,

pening kepala dibuatnya.



Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara,

untuk buat suka-suka,

untuk seronok-seronok saja.



Ada yang kata cinta itu,

C - cinta

I - itu

N - nikmati

T - tubuh

A - anda

tak ke melampau namanya?!

Manusia manusia...



Muda-muda dah gatal nak bercinta,

konon dah cukup remaja,

tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga,

dah tak tau nak cakap apa,

kalau ditegur bukannya nak dengar kata,

bila nasihat ada-ada saja jawapannya..

darah muda... macam tu la gayanya...



Mula-mula kenal sms dan chat saja,

bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa

dari berkawan jadi bercinta.



Bila dah bercinta...

Bila dah bercinta macam2 ragamnya,

sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,

itulah kata-kata manis si dia.

Bila berjumpa nak berdua aja,

konon nak privasi katanya,

dia tak tau ada orang ketiga,

yelah benda tak nampak di mata.



Mula-mula bercinta semua cantik di mata,

yang panas pun sejuk katanya.

Manusia manusia...

Inilah permainan dunia...

benar kata orang cinta itu buta,

tapi kalau buta dimana matanya...

Inilah yang buat aku tertanya-tanya.

Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,

cinta takkan dapat kalau tak diberi...

Betul ke?



Sukar untuk aku percaya...

Tapi inilah hakikatnya.

Mind is the greatest gift,

gunakan lah sebaiknya.

Cintailah Yang Maha Mencintai...

- Artikel iluvislam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...