Isnin, 10 Mei 2010

musim pekse menjelang, sakit kepala mendatang!!


(selamat menempuh peperiksaan)

minggu depan adalah minggu paling mencabar bagi guru pelatih kerana peperiksaan akhir sem telah pun menjengah ke kampus kita, maka saya dengan ini menisytiharkan bahawa, selamat menempuh ibadah peperiksaan dan saya ada sedikit tips yang saya ingin kongsikan bersama dengan rakan-rakan semua agar sama-sama kita dapat realisasikan harapan mak dan ayah di rumah..amin..semoga memperoleh keberkatan..



1. Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.

2. Kenali (ta'yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas
peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk
subjektif atau objektif, bilangan soalan, variasi soalan, bentuk-bentuk soalan
(struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya) yang akan dikemukakan nanti.

3. Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.
4. Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala'ah dan
muraja'ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam
lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exan bermula.
5. Setkan (tathbit) markah atau CGPA untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai,
letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ;
A untuk semua subjek/ CGP 4.0 untuk subjek2 di Universiti.
6. Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan
meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. Contoh
keputusan A dalam semua subjek dalam STPM 2009.
7. Bina komuniti (ijma' wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh,
study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam
subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat
untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-
tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.
8. Ajar (ta'lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan
mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang
lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping
dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.
9. Membiasakan diri merujuk kepada guru/pensyarah (murshid) jika tidak begitu faham
dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada direct dalam kelas atau selepas waktu
pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan
guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.
10.Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat
analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di Bank Soalan
Sekolah/Universiti, pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang
(pengalaman penulis) jika format tidak berubah. Perhatikan rentak (bentuk) soalan
yang dibuat guru/pensyarah dan tackle cara nak menjawabnya.
11.Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan
diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau
guru.
12.Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang
ma'thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh
Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan
dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.
13.Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup
stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia
tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.
14.Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada
Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.
15.Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari
guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. 16.Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus
meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan
masa hadapan.
17.Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak
berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya
satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang
membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada
kemahuan di situ ada jalan.

http://zulkanai.blogspot.com

jangan lupa jaga kesihatan, makan jangan tinggal, ikut masa, dan jangan wat perkara2 yang tak masuk dek akal pulak..igat lah orang tersayang menanti kepulangan anda..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...