Khamis, 29 Julai 2010

minggu ke'busy'an

assalamualaikum..minggu ney memang busy giler..dah lah terlibat dengan AJK bina insan guru, pastu kene siapkan presentation tuk teknologi pendidikan dan juga seni dalam pendidikan..mak aih, banyak nye kerja kene wat...hehe...

aq mula kan ngn ahad ek, aq ada kelas bahasa arab..pembentangan sumber bahan dan media bahasa arab...pergh..susah..sampai kene present sekali ag hari selasa..hehe..



hari isnin : kelas hadis ngn Ustazah Nazrah, bincang pasal nasakh mansukh..memang pening skit lah, tapi ustazah mintak kami faham kan bab tu masa ISL hari rabu nanti..then selepas kelas ustazah, kami ada kelas Seni dalam pendidikan dengan en. boon..sementara depa dok present, aq, kak nad ngn mek kuar sat pi laminate tag nama BIG bendang man yang akan kiteowg pi 2 minggu lagi..malam tu kami ada kelas, tapi sebab malam tu nisfu syaaban maka mass lecture dibatalkan..huhu (alhamdulillah dapat baca yassin dengan penduduk taman melur kat surau Al-Hidayah)


sekadar hiasan
hari selasa: presentation mengenai pengunaan internet dalam pengajaran bahasa arab, dan pembentangan Teknologi Pendidikan oleh kumpulan hanif dan deyla..

hari rabu: kelas pack gila, dari kol 8pagi sampai 1ptg..ISL nasakh mansukh, kuliah jawi..ptg plak ada koku...pastu mesyuarat BIG..malam ada mass lecture Teknologi pendidikan, kol 11 baru dapat makan malam..huhu, sedey nyee

hari khamis: perjumpaan BIG dengan jabatan hal ehwal pelajar, dan petang ada mass lecture seni dalam pendidikan..penat..sampai umah plak kene isi borang banci..haha

hari jumaat: program bersama mualaf bersama ustazah nazrah..hopefully dapat input dalam majlis itu, insyaAllah..malam tu pulak ada forum perdana astro oasis di dataran Uptown bandar darul aman, jemput hadir naa..hehe

hari sabtu : program PBSM peringkat kebangsaan di tasik..tak tao lagi pasai pa..hehe..harap berjalan lancar..huhu..

Sabtu, 24 Julai 2010

penyakit WAHAN

SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

Ertinya:
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa di seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di laut, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (H.R. Abu Daud)

Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, mengambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil nanti tak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt.

Kita berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

INGATLAH!! MATI ITU PASTI, HIDUP INSYAALLAH

pertemuan roh pada malam jumaat dan hari jumaat



telah berbicara Khalid bun khidasy, berbicara kepadaku ja'far bin sulaiman, daripada Abu Tayyah, katanya : Mutarrif sentiasa keluar bersiar-siar dan apabila tiba hari JUMAAT, dia akan bersiar-siar sampai ke pagi hari. Kata pencerita itu, aku mendengar Abu Tayyah berkata: aku mendapat tahu bahawa si Mutarrif itu memegang kayu pacunya yang keluar cahaya dari hujungnya, dia berjalan malam di atas kudanya hingga sampai ke kuburan, lalu dia melihat sekalian penghuni kuburan itu telah bangun dari kubur, masing-masing sedang duduk di kubur masing-masing lalu mereka berkata, ini dia si mutarrif telah datang pada hari jumaat! maka si pencerita itu berkata kepada penghuni kubur: apakah kamu tahu hari ini hari jumaat? jawab mereka : ya kami tahu menerusi apa yang dikatakan oleh burung-burung! kataku : apa yang dikatakannya? mereka menjawab : salam!..salam!..

diambil dari kitab Roh:ibnu Qayyim

Ahad, 18 Julai 2010

pErGiNya SeOrang PembiNa NegaRa BaNgSa


sekadar hiasan

بسم الله الرحمن الرحيم

dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

daripada Allah kita datang, kepada Allah juga tempat kita kembali...

usai aq kembali daripada menziarahi jenazah rakan seperjuangan, Muhammad shafaruddin di rumahnya taman sepadu, tasik gelugor, pulau pinang.aq kembali menghadap kotak hikmat ini, mencari kekuatan untuk mengisi petang yang kini disimbahi dengan hujan seolah-olah meratapi pemergiannya.

alhamdulillah, sempat aq melihat arwah sebelum disolatkan di masjid tasek gelugor. tenang sahaja muka arwah, tidak melihatkan sebarang kesakitan..masyaAllah, ramai yang datang menziarahi arwah sehingga saf-saf untuk solat jenazah penuh dengan kehadiran rakan taulan dan jiran-jiran.

arwah din, walaupun tidak satu kelas dengan aq, namun kami semua kenal dye kerana beliau mudah tersenyum dan suka menyakat rakan-rakan. secara peribadi aq selesa berkawan dengan arwah. arwah baik ngn rakan-rakan, selalu jugak aq menumpang menonton tv di bilik arwah. terutamanya masa kejohanan piala thomas dan uber. dan kadang kala berjumapa dengan arwah semasa makan di kedai mak cik di food court tanah merah jitra..

kali terakhir aq berjumpa dengan arwah minggu lepas, di kedai mak cik. kami berbual mengenai kesihatan dye, dan kenapa dye xmasuk ke IJN cawangan utara. aq nampak dye seperti biasa ja, xmacam orang sakit teruk, tapi apakan daya, Allah lebih menyayangi dia daripada kita semua.

hayati lah

Rabbani

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Khamis, 15 Julai 2010

kad hari guru terbesar MALAYSIA

assalamualaikum..aq baru balik daripada majlis pengukuran kad hari guru terbesar MALAYSIA..berbekalkan 1200 mounting board, kad berukuran 30x15meter (mungkin kot) hehe mampu mengalahkan kad terbesar sebelumnya yang dihasilkan oleh pelajar victoria institution kat kay el sana tu..hehe..acara dimulakan dengan dimik pelancaran seperti yang tertera di dalam gambar


kad ditutp dengan kain perca pelbagai warna (nak bagi saspen je)

kemudian setelah YDP JPP IPG kampus darulaman selesai memberi ucapan maka kain perca semuanya ditarik bersama-sama seiring dengan lagu latar..


nampak saspen kan..haha, kira gimik menjadilah hehe

pastu, majlis diserikan dengan alunan lagu gemilang, guru pembina negara bangsa, standing in the eyes of the world, dan satu malaysia. majlis diteruskan dengan mempersila wakil Malaysia Book of Record mengukur kad terbesar ipda, setelah disahkan majlis disambung dengan tarian satu malaysia, bacaan sajak satu malaysia dan diakhiri dengan irama nasyid padang pasir yang dipimpin oleh aizzad (royalti kasi lebih aizzad) hahaa...kowg mesti nak tengok kad tu kan...ok aq tunjukkan ok..huuhu



ada lagi gambarnya..hehe



amacam, best tak kad terbesar kiteowg..hehe..yang penting semangat perpaduan telah berjaya diterjemahkan dalam kad ini...dan yang paling penting sekali...

KOWANG ADA?? KITEOWG ADA KAD TERBESAR...HEHE

NAMA BARU, WAJAH BARU

alhamdulillah, sekarang dah masuk waktu tido, 12.35 pagi..jap lagi, pukul 8.00pagi ada majlis pengukuran kad hari guru terbesar malaysia books of record..jangan lupa tengok tv 1 atau tv3 malam esok..hehe..btw bukan tu yang aq nak sampaikan pagi ney..cuma nak kongsi nama baru dan wajah baru blog aq...

saja ja aq pilih nama 'SECEBIS TINTA BUATMU', coz dah lama rasanya aq guna nama 'TINTA SANG TUNA NETRA' nama tu memang klasik buat aq (dah dau taun kot guna nama tu) heheh.. actualy member aq yang bagi nama tu, bila aq mula nak berjinak-jinak dalam dunia blog ini. tapi sekarang aq dah sedia nak gunakan nama baru bagi menarik ramai lagi pengunjung blog ini.. cewah, dah macam ahli politik memancing undi pulak..haha

aq sengaja tukar gambaq dan template ini, tujuan aq bagi menarik lagi minat rakan-rakan blogging membaca kisah cerita aq..hehe..(koya tol malam ney). walaubagaimana pun, konsep blog aq tetap sama iaitu aq menulis tentang kehidupan seharian aq sahaja, dan mungkin sedikit laman nasihat mahupun hiburan (terutamanya korea dan jepun) semoga kowg suma enjoy membaca kisah nukilan aq walaupun tidak sehebat harisu sama ataupun lakaran sahrahwi ataupun afiq..hehe...

お試しください。dan 幸せな読書

Sabtu, 10 Julai 2010

pantun melaka maju 2010





pagi tadi aq duk leka mencari nota dalam kotak buku, sejak pindah ke rumah sewa ney, tak sempat nak mengemaskan buku-buku yang ada dalam kotak tu. Tengah leka mencari nota-nota lama, aq terjumpa buku catatan 2007 aq.. macam-macam kenangan yang aq singkap bila buka buku tu. ada novel tulisan aq dan juga pantun yang aq reka selepas aq abeh SPM. tapi hari ini aq nak tuliskan pantun melaka maju 2010 yang aq karang 3taon lepas. season seyh pantun ney..huhu

menjahit kain tepian buluh
sambil berkata petua nyonya
melaka maju 2010
bersama kita mencapai hasratnya

berani belaka berkata kaya
sulaman padat batu suasa
simfoni melaka sejuta budaya
cantuman adat pelbagai bangsa

Jumaat, 9 Julai 2010

sekali kurebah, sejuta kali kubangkit



sinopsis cinta sufi

Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.

Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin? Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan...banyak lagilah.

pandangan aq
aq baru je baca separuh novel ini, dan pandangan aq bagi separuh jalan cerita ini ialah superb..mantap beb...huhu, aq masih tertanya-tanya, siapakah maryam itu..namun akan terjawab tak lama lagi insyaAllah

helmet aq hilang 8 julai 2010

semalam, lepas abeh kelas encik boon, aq bergegas r nak balik umah sewa. tapi sampai je kat moto anep, aq perasan sesuatu yang pelik. mana pi helmet aq. cis, nate nye budak.. habis helmet aq kene rembat. ingatkan xde r owg nak curi helmet MS aq yang murah.xsampai 5o hengget, tu pon ade owg nak kebas jugak

cam helmet pak cik ney lah helmet aq

lain r kalo helmet aq macam...

mau meraung aq, kalo helmet ney hilang..huhu


MaKsUd HeLmeT
Helmet direka untuk melindungi bahagian kepala dan tengkuk(pada kadar minimum) dari perlanggaran atau dalam bahasa Indonesia pentabrakan,serta mengelakkan juga kadar kesan keretakan.Walaupun helmet direka dengan pelbagai rupa dan reka bentuk,secara umumnya tujuan helmet digunakan aalah semuanya sama,bagaimana helmet itu melindungi anda,itu bergantung kepada rupa dan bentuk helmet tersebut.

Helmet yang tersedia di pasaran datang dengan pelbagai jenis bersesuaian dengan citarasa anda dan bagaimana keinginan anda untuk memenuhi tahap keselamatan penunggangan anda.Nama atau jenis helmet mungkin dapat memberikan anda sekilas pandang bagaimana perlindungan and tahap keselamatan yang boleh dijamin di samping rekabentuk helmet itu sendiri yang mungkin nampak meyakinkan atau sebaliknya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...