Sabtu, 24 Julai 2010

pertemuan roh pada malam jumaat dan hari jumaat



telah berbicara Khalid bun khidasy, berbicara kepadaku ja'far bin sulaiman, daripada Abu Tayyah, katanya : Mutarrif sentiasa keluar bersiar-siar dan apabila tiba hari JUMAAT, dia akan bersiar-siar sampai ke pagi hari. Kata pencerita itu, aku mendengar Abu Tayyah berkata: aku mendapat tahu bahawa si Mutarrif itu memegang kayu pacunya yang keluar cahaya dari hujungnya, dia berjalan malam di atas kudanya hingga sampai ke kuburan, lalu dia melihat sekalian penghuni kuburan itu telah bangun dari kubur, masing-masing sedang duduk di kubur masing-masing lalu mereka berkata, ini dia si mutarrif telah datang pada hari jumaat! maka si pencerita itu berkata kepada penghuni kubur: apakah kamu tahu hari ini hari jumaat? jawab mereka : ya kami tahu menerusi apa yang dikatakan oleh burung-burung! kataku : apa yang dikatakannya? mereka menjawab : salam!..salam!..

diambil dari kitab Roh:ibnu Qayyim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...