Sabtu, 31 Disember 2011

#hujung tahun part 3

Assalamualaikum..kalau semalam Mr.DA dah citer pasal kenduri kahwin yang Mr.DA pi..arini, nak citer pasal jalan-jalan cari pasal bersama Mr.DA. hujung bulan 11 Mr.DA plan pi mandi sagil kat gunung ledang dengan member DA IZZAT dan ABG FIKRI..


tengok depa mandi..syok kan..ahakssss

 pastu pi muar plak...terasa nak makan mee bandung..haha..aku pun tak pernah try lagi mee bandung muar..dari ledang nak pi muar..makan masa 45minit gak r..dlm keta temankan abg fikri borak2..padahal mata mengantuk..haha

dataran emas 

mee bandung hanifah

istana abu bakar, skang nie dah jadi masjid abu bakar..ada kembar masjid nie kat seberang sungai muar

tengok konsert gegaria harian metro kat dataran 1malaysia :D

jalan-jalan melaka plak..

kapal selam kat dataran 1Malaysia. :P

sungai melaka..naik river cruise mantap

#sekian sahaja jalan-jalan cari pasal dengan mr.DA..haha..nantikan soalan kuiz daripada mr.DA...haha

Jumaat, 30 Disember 2011

#hujung tahun yang eppy part 2

start je cuti semester, aku pi kenduri kawen member-member aku..kak liny dan Koey serta khalijah dan hakim..mak aih..tak pernah-pernah aku pi kenduri kawen orang..first timer lah nie..wakaka.. (poyos) kenduri kak liny ngn Koey buat kat melaka, so tak lah rushing sangat nak pi hahaa..

kenduri khalijah wat kat besut, tganu....mak aih..mau menapak aku pi sana..seb bek ada bas..haha..amek bas malam jumaat tu, dari melaka sentral ke kota bharu, aku naik bas SKA, rm39.90..murah siot..tapi sampai tok bali, bas tu rosak..sabau je lah..pukul 8pagi baru sampai kota baru..dari kota baru berangan nak pi pantai cahaya bulan..sedihnye..BANJIR..ahakksss, tak dapat lah berangan nak mandi-manda.. :D

Kota Bharu ke Besut makan masa dlm sejam setengah, hanif bawak keta, aku ngn mus tidoq kat blakang..sori anep, letih sgt..haha..sampai sana je dah tiba solat jumaat, so KITA SOLAT DULU!!..hehe..pastu barulah sapedek (makan)..sedap gak owg tganu nie masak..haha, mau bertambah nasik aku hari tu..wakaka...


balik daripada umah khalijah, mr.DA jadi kendarat kat umah tuk teh..haha..buat keje skit, pastu mengelat..haha.dpt gak jumpa ngn ustazah skula rendah dulu..siap offer aku mengajar kat labuan..ahaksss

pastu, selang bape minggu, aku ikut parents pi rembau, kenduri kawen lagi...ada kambing bakau..mak aih, nampak sedap, tapi xberani nak try..wakaka....minggu seterusnye pi kenduri kawen junior aku plak..si zahid..untung lah ramai yang dah kawen kan kan kan..hahaa :P

minggu nie pon ade kenduri kawen gak, tapi xdapat pi sebab aku NAK BALIK JITRA...

#WELCOME FINAL YEAR

#hujung tahun yang eppy part 1

pertengahan tahun Mr. DA rasa paling teruji skali...Mr. DA rasa cam tak nak hidup tyme tu..haha, tapi alhamdulillah sokongan famili ngn member Mr.DA yang rapat, mr.DA dapat harungi tyme-tyme tu...nasib baik masa tu ada praktikum kat Sekolah Kebangsaan Jitra (SKJ). Mr.DA kene jadi imam, bagi tazkirah kat budak skula, balun budak-budak darjah 5 DELIMA, buat budak-budak menangis..haha mmg syok :P

akulah pembuli...hak3

budak-budak kompang SKJ

hujung tahun nie memang berlainan pada aku..

#jalan-jalan ke kelantan dan tganu
#mandi kat air terjun sagil
#makan mee bandung muar
#bawak member jalan-jalan around melaka
#pi rumah owg kawen (bende yg tak penah aku buat)
#layan Tentang Dhia dan ombak rindu sambil mengkritik dengan hebatnye sorang2..
#berjoging tapi tak penah-penah kurus..wakaka..

sementara Mr.DA nak tulis semua pengalaman nie, korang layan dulu lagu nie k..wekkkkk

2011 yang gempaq ayamm :P

assalamualaikum.. tak jawab dosa, kalau jawab sayang.. wekkkkk (pinjam sat cheq maria noo)

lagi sehari 2011 akan blah daripada hidup kita semua..azam yang konon-konon korang dah listdown untuk taun nie dah dipenuhi ke belum?? kalau sudah, ALHAMDULILLAH..kalau belum NAUZUBILLAH..ahakkssss :P

setiap orang ada persepsi sendiri terhadap tahun 2011 nie kan.. ada yang kata tahun dukacita, ada yang happy je sepanjang tahun, ada yang kemarau je memanjang..tapi pada DA (Daeng Azman) taun ney, taun tsunami kot, wakaka..(poyos sat)

#awal tahun = eppy
#tengah tahun = sedey gile babas
#hujung taun = eppy xsampai xsedar dunia..

so, kalau DA nak citer satu-satu cam panjang berjela..kalah novel ONG BARK RENDU (poyo lagik)...jadi DA nak citer yang #hujung tahun je..hahaa.. :D boleyh kan..

kalau xboleyh, korang layan kan je lagu nie



DA pun tak tau motip dipostkan video nie skali..wakaka

Isnin, 17 Oktober 2011

zon santai: muzium kota kayang

zon santai kembali..haih..pejam celik dah sampai ujung semester 6..lagi setahun aku kat sini sebelum aku kerja nanti insyaALLAH..ujung minggu nie, aku pi antaq muharram kat umah kawan..sambil-sambil tu pi jalan-jalan skali..hehe..destinasinya ialah

GUA KELAM

sempat amek gambau..kenang-kenangan sebab xleyh masuk dalam..jambatan die runtuh, bila tah nak perbaik..dah dekat setahun kowt..

solat zuhur kat madrasah miftahul hidayah..terbaik..sejuk je masjid nie..

TAMAN ULAR

bawak budak-budak nie makan askem..dah macam bapak2 je aku rasa..haha


MUZIUM KOTA KAYANG

siap pose lagi..haha..xde keje kan..kui3

best, masuk muzium kayang nie free ja..owg po xramai..hehe

posing depan entance galeri arkeologi..

KUALA PERLIS

masjid sebelah medan ikan bakar kuala perlis.. sejuk masjid nie..ekon terpasang je..dekat ngn laut plak tu..masa solat nampak bot nelayan lalu..aiyakkk..xkusyuk plak..huhu..


dengarkan lagu daripada gurl ney..sore dye sedap..hehe

Ahad, 9 Oktober 2011

sayur stim ala china

haik..ohaiyosuminasai..haha..Assalamualaikum wbt

hari ini SENDUK FIFI nak ajar cara nak masak sayur stim ala china..

bahan-bahan yang kita perlukan

1. sayur (tak kesah lah sayur pe kowang nak jah)
2. sos tiram
3. bawang putih 4ulas
4. bawang merah 1/2 ulas
5. knorr cukup rasa
6. gula
7. garam
8. air panas

cara penyediaan

1. potong halus bawang putih dan bawang merah halus-halus
2. kemudian panaskan kuali
3. masukkan minyak sikit, jangan banyak2, kolestrol tu..haha
4. setelah minyak panas, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga keperang-perangan..
5. masukkan sos tiram 3sudu..kemudian tumiskan..
6. dah boleh masukkan garam, knorr secukup rasa dan juga masukkan gula ok.
7. kemudian air panas tadi kita sediakan
8. celurkan sayur tadi dengan air panas ye mak cik2
9. setelah itu susun sayur tadi dalam pinggan
10. curahkan bahan yang kita tumis tadi ke atas sayur2 sekalian
11. siap!!!!

mudah kan..hah pe lagi kak jah..pi lah try...hehe

Khamis, 21 Julai 2011

tinggal kenangan je r!!!

pasni tak de lagi main-main dah...

tak de lagi
1.penang
2.genting
3.time square
4.tgk wayang

692 message tu aku akan simpan untuk pengajaran diri aku sendiri..aku kene jadi kuat pasni..tak de masa dah nak layan perasaan lagi dah..masa untuk studi, studi, studi sampai aku mati..

Rabu, 22 Jun 2011

Friday, January 14, 2011

Mukjizat di sebalik lafaz BISMILLAH



BISMILLAH (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ) adalah sebutan/nama singkat daripada lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani'. Namun begitu, maksud lafaz BISMILLAH adalah terlalu luas dan mendalam, sehinggakan maksudnya tidak terhurai dengan seluruh air laut yang ada di muka bumi Allah ini. Masha Allah!

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

"BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam". (Hadith Qudsi)

Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan terhadap orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan terhadap sesuatu melainkan Allah memberi keberkatan ke-atasnya.

Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

Jumlah huruf dalam BISMILLAH ialah 19 huruf, dan terdapat 19 malaikat yang menjadi penjaga neraka.
(QS. AL Muddatsir: 30) Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan daripada 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari".

Tiap-tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) sehingga setiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya".

Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH, nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua-dua orang tuanya.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH, maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpeliharalah daripada gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuklah ketakutan dalam hati si zalim, serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Masha Allah, sungguh besar kelebihan membaca lafaz BISMILLAH. Sama-samalah kita amalkan setiap hari. Insha Allah. Wallahu'alam bissawabb.

dicedok dari blog kakak wydaz...huhu

klik sini

Khamis, 16 Jun 2011

zon cuti: Ke KL sudah aku!!! EDISI TERMINAL BERSEPADU SELATAN

ate, hari isnin teman bangun awal dah..nunggu member teman bangun..dalam kul 12 tu dah siap-siap nak balik melaka..haha...kuar umah dalam kul 1..beli tiket dari sentul ke bandar tasik selatan..seb baik r teman tak silap naik train kat..train LRT yang pertama tadi tu pi ke kelana jaya...kalo teman nak pi bandar tasik selatan, teman kene naik LRT STAR ke Sri Petaling..wah skang dah maju dah..dah tak cuak naik LRT..haha

stesen LRT sentul

tudiaaa..train teman..hehehe

perasan tak tu..SALAK SELATAN..haha

akhirnya sampai jugak ke TBS..nah tengok keadaan luar dye..

bila teman masuk je..teman patah balik..betul ke tempat yang aku nak pi ney..nampak cam lapangan terbang je kan..tak caya...ce tengok kat bawah

flight aku pukul bape lah ek??

dah beli tiket kat kaunter..sempat pi makan jap..nasi ayam dara...rm6.90...air mineral rm1.20..
hehe..kenyang lah aku sampai malam kang..haha

lepas makan, aku pi ke balai pelepas..yang ada tiket je bolej masuk..huhu.cam naik flight kan..haha..lupa nak bagi tau..kat foodcourt, depa tak guna duit RM..kita kene tukaq duit guna sistem KAD..meyusahkan orang..hehe emo sat... dan menyenangkan tokey kedai2 dalam foodcourt..

ruangan menunggu di balai pelepas...

semua kemudahan lengkap

bas aku pukul 3.30..tapi bertolak pukul 4,ooptg sebab bas tu ROSAKKKKKKKK!!! ada ke patot, sistem canggih tapi perkhidmatan bas asyik ditakuk lama..haha..ney yang aku nak marah ney..kita bako aje..haha

nak tgk x tiket bas aku..
amacam..siap ada nama aku sekali dalam tiket tu..haha..just bagi IC kat kaunter, pastu dye akan masukkan semua data dalam tiket kowg..haha..

tu saja pengalam aku bercuti di KAY EL..hutan besi MALAYSIA..haha..letey r menaip..haha.takkan baca je..ce komen ce komen..haha..

zon cuti: Ke KL sudah aku!!! EDISI WANGSA MAJU

salam kepetangan..letey r weyh menaip..hehe..tapi xpe sebab aku suka..kihkihkih... dah enam entri aku tulis,,ada dua lagi termasuk yang ini..huhu..k jom mula sekarang....3,2,1..muleeee...

lepas je menghabehkan bogheh kek low yat tu, kiteowg pon pi r wangsa maju, nak carik P1 stop nak bayau bil internet kan...pergh, jalan pi wangsa maju dah r berbukit-bukit, poning pale den ney hah, member dok bawak jalan shortcut, pueh den nak meng'install'kan semua jalan-jalan sekitar KL supayo bila den datang laie pas ney, sonang hah den nak menangok(istilah melaka yang bermakna berpoya-poya)

akhir sampai juo den kat carefour wangsa maju..mak aih, sampai-sampai jek kek bawah tu, den dah nampak diowg jual tilam hah..ikutkan aty den, dah lamo dah den baring atas tilam tu hah..haha..tp ape boleh buek, den mai sini nak temankan member den bayar bil tenet nie hah..huhu..pastu pi r natang pe namo nye hah eskletor pe tah hah, pi tingkat satu..carik kedai P1..dah selesai bayar tenet, singgah jap ke kedai HINODE..haha..ala kedai lima ringgit tu..member den nak beli pe tah arora?? aroma?? haha..den xtau pe nama nye..ngeh3..

dah puas melepak kat carefour teman ngn member teman pon pi lah wangsa walk..dalam pikiran teman ney, wangsa walk tu cam danau kota tu hah, tempat uptown, cam best je kan tempat tu..huhu..last-last bila dah tiba kat wangsa walk, teman yang tergamam..haha..nama cam kampung kan tapi tempat kelass beb..bleyh r tempat orang wangsa maju melepak..kome sume xcaya ke teman cakap ney..nak tengok gambar dari luar x? ce tengok ce tengok

nampak cam gempaq kan..haha

k, first aku sampai kat entrance, aku nampak celebrity fitness..dengan harapan dapat jumpa artis.haha..perasan bengong tol..haha..ok lah shopping complex tu..masuk je, sebelah kiri ada cold storage..tempat pe tah..kat melaka takde tempat tu..so aku x amek port sgt...jadik kiteowg jalan-jalan lah kat area groundfloor..ternampak kedai tropicana..depa ngah buat sale..tropicana nye baju pon smart gak..daripada baju, beg, seluar, cap, wallet semua smart r..ada promosi, beli cap atau wallet rm19.90..kalo beli dua2 rm29.90..huhu.lama gak r aku usha wallet2 kat situ..akhirnya xbeli pon..sebab xde duit..haha.. :P

pastu nampak kedai ayam penyet spicy..hehe..katakan tidak pada PEDASSS, aku xminat pedas-pedas..haha..yang aku perasan, wangsa walk ney dalam bangunan pon cam kene mendaki gak..ini shopping complex ke tempat nak hiking?? haha..naik second floor, tempat atm mechine, kedai-kedai baju dan barang-barang rumah dan sebagainye r..naik third floor, ada panggung wayang..pergh ramai giler owg..baru nak tengok citer KL Gengster..sume dah penuh..citer pukul 1.25pagi je yang kosong..huhu..xpe r, xdapat tgk wayang..kita pi tengok gajet-gajet untuk handset..pergh banyak yang smart-smart, tapi sekadar tengok je r..beli nye harrraaamm sebb xde duit..haha..poyooo..

nak buang masa kat wangsa walk..kami balik ke sentul balik..singgah makan kat foodcourt pe tah nama dye..member aku ajak makan NASI GORENG SARDIN extra NASI..RM4.oo..ayaq teh o ais..rm1.00..ok kan...(dah macam Jalan-jalan cari makan plak blog aku ney)haha..sambil tengok konsert final akademi fantasia yan terakhir dalam zaman ini dan sangat membosankan..habis je makan..kiteowg pi ke kedai durian yang semalam aku cerita tu..nasib baik bukak..

dengan hajat nak beli durian, sebiji rm15..dah lah kecik, mahal giler weyh..xjadi aku nak makan..pastu gi carik kat area rumah member aku ney..jumpa yang dah siap bungkus..3bungkus rm10..murah kan..sedap pon leyh tahan..durian kampung..hehe..balik rumah, melahap durian sampai badan naik panas..haha,.malam xleyh tidoq sgt..panas jek satu badan..haha.. :((



sambil korang layan lagu MR OS ney kan..tunggu edisi final ok TERMINAL BERSEPADU SELATAN..hehe..

zon cuti: Ke KL sudah aku!!! EDISI LOW YAT

lepas berpoya-poya kat area menara KL tu..kami pun jalan-jalan tanpa arah tujuan..haha..alih2 je dah sampai area bukit bintang..alang-alang dah sampai bukit bintang, jom ar pi low yat, member aku ajak..dalam benak kepala aku, low yat tu cam sentosa kat alor star tu..tapi salah..setaraf lah dengan ibu negara malaysia..plaza low yat tu kene ar gempak kan..haha..plaza tu ada bnyk tingkat gak r..aku xsempat nak kira...masuk-masuk je dah tingkat satu..

pastu pi carik P1 stop kat tingkat dua...konon nak bayar@bayau@bayaq bil P1 lah, tapi owner kedai tu kata xleyh nak bayar, sebab dye dah abes kredit yang ditetapkan..pergh, jalan punyer jauh, pastu xleyh bayar plak kan..sengal tol..tekak plak rasa haus..jom beli coolblog kat aras bawah..kami pun pi r kat aras bawah sekali..tempat foodcourt dan ATM tu..aku amek blue iceblanded..dye amek mangga juice extra pearl..rm3.60..

sebelum keluar, member aku ternampak phone jenama dell..pe tah nama dye..macam iphone tapi besau lagi dari iphone, macam galaxy tab, tapi kecik lagi daripada GT tu..huhu..leyh bayang kan ke tak?? haha...aku cari gambau kat google xjumpa r..huhu...

itu sahaja dari low yat yang aku nak cerita kan..huhu..pasni tunggu
EDISI WANGSA MAJU
EDISI TBS k...

huhu

Rabu, 15 Jun 2011

zon cuti: Ke KL sudah aku!!! EDISI MENARA KAY EL

balik dari DANAU KOTA sempat lagi nak peghabeh (habiskan) ayam spicy tu..haha..mana tak aku jadik gemuk..haha..pastu baru nak tidoq..hehe...penat dol..lenguh-lenguh berjalan area KLCC xabes lagi..huhu..memang aku rasa nak demam malam tu..naseb baek ada pil herba yang dia suwuh aku makan..haha (tingkayuh)(tq)

ahad...sebelah petang...

pukul 1.30 member aku bawak berjalan kat menara kay el...dulu masa kecik-kecik penah ar aku pi sana, mak cik aku bawak, tapi xnaek ke puncak r..ney bile dye nak ajak naek sana, excited gak r dengan harapan ada owg belanja lagi..hakhakhak..(sadis sgt ko) haha..on de way nak pi menara Kay El, tetiba hujan plak..biasa r member aku cakap, kay el cuaca tak menentu..jadik kami terpaksa menyinggah sekejap kat MAJU JUNCTION...tempat tu biasa-biasa je..cam JITRA MALL je lebey kurang..hehe...member aku cakap dye nak makan dulu..so aku temankan dye makan...dye makan chickenchop rm7.50..aku plak amek bege je rm4.00+air sirap RM1.50...

nampak sedapkan..kelas ko maria (tagline maria tunku sabri) haha

best dari maju junction nampak menara KL..hehe

pastu, jadi mat rempit sat...pecut sampai ke menara KL...huhu..aku dah letih menaip dari EDISI PUDURAYA..aku bagi angpa suma tengok gambau noooo..hehe


penah nampak tak public phone ney..dulu masa zaman aku kecik-kecik, aku sempat guna public phone ney tepon sape tah..agaknye tepon polis kot..sebab tu je yang jawab..hehe...


pemandangan di atas pelantar menara KL..

dah turun ke bawah..huhu..

pastu sempat pi perkampungan 1malaysia yang ada di hadapan menara KL..siap ada jambatan gantung lagik..hehee...

smart kan taman tu..hehe..

perkampungan satu malaysia ada rumah-rumah tradisional seluruh malaysia..huhu

pastu kami sempat ke zoo mini sebelah menara KL..sebab aku geli dengan ular, sampai aku tak sanggup nak amek gambau reptilia tu...sadis r tgk ular-ular tu kat situ..haha (padahal alasan je ...sebenarnya ko takutkan) haha..

setakat tu jek EDISI MENARA KAY EL...

tungguuuuuuu
EDISI LOW YAT
EDISI CAREFOUR WANGSA MAJU
EDISI WANGSA WALK
EDISI TBS

hehe

zon cuti: Ke KL sudah aku!!! EDISI DANAU KOTA

mintak maaf sebab aku terlupa beberapa EDISI lagi selain daripada MENARA KL & TBS ada lagi
EDISI DANAU KOTA
EDISI LOW YAT
EDISI CAREFOUR WANGSA MAJU
EDISI WANGSA WALK

banyak kan aku nak cerita..hehe..aku habiskan satu-satu dulu k..hehe

petang sabtu

lepas berlari-lari dari stesen LRT Masjid Jamek ke kaunter seberang jalan sana untuk beli tiket, naseb bek dapat kejar STAR..huhu..kalo x sure aku kene lecture dengan member aku yang sorang ney..haha..sampai kat sentul dalam kul 6.10ptg...tunggu dalam 5 minit, member aku tu pun sampai..

daripada semalam dye duk call dan message aku suwuh aku naik train tu, naik bas ney, hati-hati kat pudu.. (mungkin dye risaukan aku yang tak pernah sampai kat hutan besi camni) atau mungkin perasaan aku jek? haha..tapi seyes dye sangat baik..sepanjang aku duk umah dye, aku tak kenal erti LAPAU@LAPAQ@LAPAR....asyik sumbat makanan kat dalam mulut jek..haha..dan dye dah berjaya buat aku GEMOK....

ceritanya camni...

aku rehat-rehat dulu bila sampai kat umah dye..dalam kul 9.00malam tu, dye ajak pi makan...aku on je lah kan..dengan harapan ada orang nak belanja..haha..(sedihhhh aku ney kan)..dye bawak aku pi satu kedai ney..ape tah nama kedai tu..ngeh3 lupa..sambil tengok match KELANTAN lawan Terengganu malam tu, kiteowg makan nasi putih+sotong tepung+ayam masak pedas+sup cendawan+air teh o ais= RM24...maknanya sowg RM12 kan..haha..dalam syok2 makan..tetiba kelantan skor satu gol..member aku ney frust r, dye owg terengganu..haha..dah nak masa2 penamat si daudsu boleh tergol dalam gawang sendiri..melonjak r member aku ney..haha..siap upload kat fesbuk lagik tu..haha.akhirnya terengganu menang 2-1 ke atas kelantan..

kiteowg habis makan dalam kul 12 camtu..pastu dye ajak pi DANAU KOTA..ada cam uptown kat situ..best r uptown kat DANAU KOTA tu..meriah je..ramai giler owg datang..banyak plak barang-barang menarik kat area tu...dari selipar sampai ke tuala mandi sume ada..baju-baju kat sana menarik r.tapi duit xde.. :( xdpt r nak beli..hehe.. member aku ney dok carik selimut..keliling uptown tu dua kali baru jumpa kedai selimut dan cadar.. RM10..murah kan..huhu..

dalam jalan-jalan tu pun, member aku ajak makan uncle john chicken spicy...rm5.50 satu..mak aih pedas, tapi menarik r cara penyediaan dye..ayam disalut dengan tepung kemudian digoreng dalam kuali..dah masak, mak cik tu taburkan dengan rempah ratus yang spicy..then dye guntingkan ayam tu menjadi kepingan-kepingan kecik..member aku ney cam minat je nak berniaga camni..pada aku, kalo dye nak berniaga camtu..aku sokong je asalkan dye sanggup dan bersabar r..kan nabi pernah bersabda BERNIAGA ADALAH 9 DARIPADA 10 PINTU REZEKI..hehe...

pastu kiteowg sampai ke rumah dalam pukul 3 pagi..sebelum sampai umah sempat singgah ke kedai DURIAN dengan harapan dapat makan durian..tapi hampa..kedai dah tutup :( sedeyyhhhh...wawawawa...

tungguuuuuuuuuuuu
EDISI MENARA KAY EL
EDISI LOW YAT
EDISI CAREFOUR WANGSA MAJU
EDISI TERMINAL BERSEPADU SELATAN
EDISI WANGSA WALK

zon cuti: Ke KL sudah aku!!! EDISI KLCC

SABTU..aku bangun awal gak r pagi tu...haziq, izat dan alif dok tidoq ag kat atas katil..aku kejutkan si haziq, dye kene balik melaka..ada kenduri kawen..alahai, dapat jumpa sat je budak sekoq ney..haha..pastu, puas ar membangunkan dak izat dan dak alif bangun tidoq...kul 12 baru bangun..pas mandi semua, aku ngn izat pi makan jap kat kafe mahalah haziq.. aku amek nasi+sayur+telur=rm2..ayaq kosong ja pak cik minum..huhu..

pas solat jamak qasar zohor dan asar, aku, izat dan alif gerak tunggu bas depan asrama..alif kata kat sini ada dua jenis bas rapid kl..kalo bas tu bertanda U maksudnya untuk Utama sahaja kot maksud dye (aku pun xsure sgt) bas tu berhenti kat sogo dan sekitarnya..kalo bas tu bertanda T untuk tempatan maksudnya dye area gombak sahaja lah (aku agak camtu r kot..hehe)...dalam setengah jam bas pon sampai..bayar rm1 leyh turun ke terminal LRT PUTRA..

tunggu LRT sempat berposing..hehe

dalam LRT pon smpt jugak..hehe

pastu sampai je ke KLCC, kiteowg pi jalan-jalan kat PAVILION...jam pukul 4.30ptg dan sepanjang aku jalan kat PV tu semua kedai dihidangkan dengan air-air setan..ceyh...KL sgt kan..ada air setan baru nampak moden (aku tak selesa sgt dengan situasi camtu)...then kiteowg jalan kat fareheit88 pastu pi bukit bintang jalan kat sungai wang pe tah nama shopping tu..jitra pun ada wang gak..BUKIT WANG..hehe

kul 5.00ptg, kami pi beli roti kat rotiboy pastu alif nak makan kat air pancut depan taman KLCC tu..alif, dye suka tempat tu sebab ada kenangan ke?? hahaa..

usha budak-budak mandi?? aku bukan phidolpheia k (tol ke eje camtu??) hehe

k..sampai situ jek aku dengan izat dan alif..kul 5.30ptg aku kene gerak naik LRt balik, pi ke masjid jamek..then tukar train STAR LRT ke sentul..jumpe member aku..dye dah bising-bisng tanya bila nak sampai..hehe.. aku enjoy sgt kuar dengan alif dan izat walaupun haziq xde..depa memang sempoi...hehe

tungguuuuuuuuuuuuuu ek

EDISI MENARA KL
EDISI TBS

zon cuti: Ke KL sudah aku!!! EDISI UIA

dah puas ambil gambar di sekitar hentian PUDURAYA...aku,izat ngn kawan dye pi cari LRT atau komuter nak pi gombak..haziq nak jemput kat stesen LRT sana..first tyme sampai sana pening gak aku, rupanya LRT ney ada bnyk nama rupanye..hahaha..ada STAR, PUTRA, ape lagi tah..dua jek yang aku tahu..haha..

izat ajak kitaowg pi stesen LRT masjid jamek...then tgk kat papan tanda kat situ, train ape yang kene kiteowg naik untuk ke GOMBAK..cari-cari last jumpa gak PUTRA LRT..first tyme naik LRT..haha..macam-macam perasaan ada..excited, takut, risau, gembira semuanya bercampur baur dalam hati aku...

once dah beli tiket ke terminal putra gombak, dah lega dah..then baru izat bagi tau yang train ney lalu bawah tanah..erkkkk..(teringat cam cerita spiderman ngn octopus ngah lawan-lawan kat subway bawah tanah tu..haha..).. aku pun berlagak cool r...

dari cermin train tu aku dapat lihat pemandangan KL yang penuh jerebu...haha..train tu sgt laju dan aku rasa cam sekejap jek duk kat dalam tu dah sampai UIA..haha..dari masjid jamek ke uia, ada r lebih kurang dalam 7stesen nak berhenti..tp aku enjoy since tu pengalaman pertama aku..aku tgk orang lain cam biasa jek naek train, aku je yg terlebih excited..huhu

sampai UIA, haziq mai amek...kiteowg solat jumaat kat masjid uia..aku masuk je dalam masjid tu aku keluar balik, pastu aku masuk sekali lagi...aku cakap dlm hati "ini malaysia ke MESIR ney..", ramai pak-pak arab serta pelajar luar yang solat kat sana..terasa cam kat MESIR..hehe...bacaan solat imam dye pon syahdu je, cam kat arab je rasanya..

pas solat haziq bawak kiteowg pi bilik dye..haziq sebilik dengan alif, member kitaorang zaman sekolah dulu.ini first tyme aku jumpa alif setelah 8tahun xjumpa dye..dye tak banyak berubah lansung..sama je..comel, kuit dan PENDEK..haha..petang tu haziq dan izat pi PAVILION nak tgk konsert artis korea katanya..aku plak cam malas nak jalan-jalan sebab penat..aku lepak ngn alif je r kat bilik..dalam kul 10.30mlm alif ajak pi makan kat cafe..

terasa cam nak makan western je..alif amek fish n chip..aku plak amek chickenchop..harga dye RM5.00...lagi murah dari JITRA beb..haha..sedap dan banyak plak tu..ni kali pertama aku tak habis kan makanan..hehe..malam tu borak-borak sampai kul 5 pagi..depa lah..aku kul 3 dah tido dulu..haha..ngangtuk beb..

selepas ini..

EDISI KLCC
EDISI MENARA KL
EDISI TERMINAL BERSEPADU SELATAN

Selasa, 14 Jun 2011

zon cuti: Ke KL sudah aku!!! EDISI PUDURAYA

orang selalu tanya, kau cuti-cuti nie tak buat ape2 ke?? selalunya aku akan jawab, "tak buat apa-apa pun", sebab aku bukan kaki jalan..jadi cuti kali ini aku nak bagi orang kampung sume yang aku pergi bercuti di KAY EL okayy..haha..(ko ingat ada ke owg nak kisah ko pi KL?) sadis sangat dowh.. ea r aku baru first tyme pi KL tanpa ada parents so cam excited lebey r bila tiba sana..

benda yang aku paling risau:
1: camne aku nak jalan2 kat sana??
2: senang ke nak carik transport kat sana??
3: ada ke DUIT nak berjalan kat sana??

so, aku pun beli r tiket pi KL kat melaka sentral..bas pagi jumaat...bile naik bas excited sgt sebab depa kata hentian PUDURAYA cam dah vouge je..haha..so bila aku sampai je kat sana, aah laaah, 'vouge' r jugak kan..

signboard depan dye..

ruangan menunggu bas

tempat beli tiket ke utara sahaja ok

aku sangat teruja bila ada kat sini, (kononnya) hahaa..tapi best sgt bila kita dapat lihat kemajuan pudu raya setelah berpuluh-puluh taun terperuk camtu jek kan..haha..
ada banyak lagi pengalaman yang aku nak cerita, tapi bukan sekarang..nanti k..btw, jom solat magrib dulu..hehe

Isnin, 30 Mei 2011

cuti sem : nasi goreng ala setulang daeng

hari ni aq terasa nak makan nasi goreng lah..jadi aku pon memandailah untuk masak nasi goreng tanpa ada pedoman yang kukuh dalam bab masak memasak ney..ea r, kat rumah, nenek ngn mak aku yang masak. kat kedah, mak cik kedai makan yang tolong masak kan..kehkehkeh...jadi nak try ar ari ney masak..jadi aku nak masak NASI GORENG ALA SETULANG DAENG..haha

bahan-bahan yang diperlukan ialah

1. sebijik bawang merah
2. 2 ulas bawang putih
3. 3sudu cili kisar
4. minyak masak (mesti r kan)
5. telur sejibik
6. cili hidup
7. nasi kene ada jugak

cara nak masak nasi goreng ala setulang daeng

1. hiris bawang putih dan bawang merah tadi
2. xlupa juga cili hidup tadi kan
3. kemudian sediakan kuali dan masukkan minyak ke dalam kuali tu
4. selepas minyak dah panas, masukkan bawang merah, bawang putih dan cili hidup tadi


ok pastu

5. masukkan cili kisar kemudian kacau guna sudip ek....


6. dah kacau2 tu sampai naik bau, baru lah masukkan nasi ke dalam kuali..kalo perasaan aku xmasukkan ajinamoto atau garam ke ape ke, sebab aku xsuka..hehe..aq masukkan kicap dan sos je kalo nak ada perasa skit


7 kemudian goreng telur
8. sudah boleh dihidangkan dan dimakan...hehe


kalo nak hias, petik daun2 kat belakang rumah kowg pastu hiaslah...selamat mencuba..hehe
aku nak ngap dulu..hehe

Rabu, 18 Mei 2011

zon santai : ceritera studi week part 2

assalamualaikum, tak jawab dosa, kalau jawab dapat pahala...

hari khamis ney aku dah stat exam, paper edu 3106..cuak sebab x baca apa lagi..wish me luck guyzz..

hari ni hari rabu..KA ajak kiteowg pi jabatan pengakutan jalanraya sebab dye ada urusan skit..jadi kul 11 pi lah reramai berbondong-bondong ke JPJ anak bukit..ala yang dekat mini putrajaya tu..first tyme aku masuk..mak aih, besau nye..ada r dalam 7 tingkat..jpj ada kat tingkat satu..pegawai tu kata "maaf encik, urusan tu xleyh wat kat sini..encik kene pi JPJ mergong gak", kene r pi mergong nampaknye..masa tu dah kul 12.

"eh, skang dah waktu mcvalue kan..pe kata pi makan mcd", kata sowg tu.. ok gak nooooohhh...
kiteowg pun pi r kat McD star parade..nasib baek tak ramai...nak tgk tak kiteowg makan pe??
ce tengok kat bawah ney..

............




...........




...........





...........






..........


fahmi makan MEGAMAC...

KA makan MACCHICKEN

aku ngn hanif makan bigmac je..hehee

pastu kiteowg pi r JPJ mergong..masa tu pukul 1.15...
sah2 lah tyme tu waktu orang lunch kan..
kene lah tunggu sampai kul 2.45..huhu
kiteowg solat and lepak kat surau JPJ tu..
seb bek ada ekon..leyh tidoq2 kat sana..huhu...
nak tgk tak apa kiteowg buat masa lepak-lepak


............




............





...........





.............



kiteowg studi kowt..haha

pulun cheq pulun


jom layan lagu ney..song of the week..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...