Isnin, 30 Mei 2011

cuti sem : nasi goreng ala setulang daeng

hari ni aq terasa nak makan nasi goreng lah..jadi aku pon memandailah untuk masak nasi goreng tanpa ada pedoman yang kukuh dalam bab masak memasak ney..ea r, kat rumah, nenek ngn mak aku yang masak. kat kedah, mak cik kedai makan yang tolong masak kan..kehkehkeh...jadi nak try ar ari ney masak..jadi aku nak masak NASI GORENG ALA SETULANG DAENG..haha

bahan-bahan yang diperlukan ialah

1. sebijik bawang merah
2. 2 ulas bawang putih
3. 3sudu cili kisar
4. minyak masak (mesti r kan)
5. telur sejibik
6. cili hidup
7. nasi kene ada jugak

cara nak masak nasi goreng ala setulang daeng

1. hiris bawang putih dan bawang merah tadi
2. xlupa juga cili hidup tadi kan
3. kemudian sediakan kuali dan masukkan minyak ke dalam kuali tu
4. selepas minyak dah panas, masukkan bawang merah, bawang putih dan cili hidup tadi


ok pastu

5. masukkan cili kisar kemudian kacau guna sudip ek....


6. dah kacau2 tu sampai naik bau, baru lah masukkan nasi ke dalam kuali..kalo perasaan aku xmasukkan ajinamoto atau garam ke ape ke, sebab aku xsuka..hehe..aq masukkan kicap dan sos je kalo nak ada perasa skit


7 kemudian goreng telur
8. sudah boleh dihidangkan dan dimakan...hehe


kalo nak hias, petik daun2 kat belakang rumah kowg pastu hiaslah...selamat mencuba..hehe
aku nak ngap dulu..hehe

Rabu, 18 Mei 2011

zon santai : ceritera studi week part 2

assalamualaikum, tak jawab dosa, kalau jawab dapat pahala...

hari khamis ney aku dah stat exam, paper edu 3106..cuak sebab x baca apa lagi..wish me luck guyzz..

hari ni hari rabu..KA ajak kiteowg pi jabatan pengakutan jalanraya sebab dye ada urusan skit..jadi kul 11 pi lah reramai berbondong-bondong ke JPJ anak bukit..ala yang dekat mini putrajaya tu..first tyme aku masuk..mak aih, besau nye..ada r dalam 7 tingkat..jpj ada kat tingkat satu..pegawai tu kata "maaf encik, urusan tu xleyh wat kat sini..encik kene pi JPJ mergong gak", kene r pi mergong nampaknye..masa tu dah kul 12.

"eh, skang dah waktu mcvalue kan..pe kata pi makan mcd", kata sowg tu.. ok gak nooooohhh...
kiteowg pun pi r kat McD star parade..nasib baek tak ramai...nak tgk tak kiteowg makan pe??
ce tengok kat bawah ney..

............




...........




...........





...........






..........


fahmi makan MEGAMAC...

KA makan MACCHICKEN

aku ngn hanif makan bigmac je..hehee

pastu kiteowg pi r JPJ mergong..masa tu pukul 1.15...
sah2 lah tyme tu waktu orang lunch kan..
kene lah tunggu sampai kul 2.45..huhu
kiteowg solat and lepak kat surau JPJ tu..
seb bek ada ekon..leyh tidoq2 kat sana..huhu...
nak tgk tak apa kiteowg buat masa lepak-lepak


............




............





...........





.............



kiteowg studi kowt..haha

pulun cheq pulun


jom layan lagu ney..song of the week..huhu

Ahad, 15 Mei 2011

zon santai : ceritera studi week

assalamualaikum, tak jawab DOSA, kalau jawab SAYANG...haha..minggu studi week ney aku xlah studi bagai nak rak (kata orang melaka) studi lite lite aje..haha.. cuma nak citer je pe yang aku buat sempena meraikan minggu studi ney..haha..biasa lah nak pon minggu studi kan, hari ahad, isnin selasa rabu ada kelas lah bersama pensyarah-pensyarah kami yang terbaik dari ladang pendidikan di malaysia ney..

hari ahad : kelas budaya dalam pembelajaran

hari isnin : kelas penilaian dalam pendidikan islam

hari selasa : kelas mikro teaching bahasa arab dan taklimat peperiksaan

hari rabu : kelas pengurusan sumber pendidikan islam

hari khamis : jom nengok wayang..haha citer ape?? citer KONGSI..terbaik lah aksi shaheziey sam...siap pijak kete polis plak tu..haha..

first tyme masuk JM cinema..cam jakun plak aq rasa

10 ringgit bai..puas aty lah kalo pelakon yg aku minat berlakon, kalo tak, aku donlod jek..haha

malam tu plak ada bacaan yassin di masjid annur..alhamdulillah tahun ney ada kelainan, pas baca yassin ada ceramah yang disampaikan oleh cikgu sukarno b abdul hamid, guru KH SMK hutan kampung..ceramah dye best..cam mana ALLAH uji dye dengan anak yang excident, semoga kita mendapat manfaat daripada kisah beliau..

pas ceramah dan solat isyak, aku gi makan depan U-Station taman mahsuri..tekak ney gatal nak makan nasi putih ayam paprik..haha..RM4.50..amekaw...xdan nak berjimat..kedai mak cik fodkort gak murah..huhu :(

hari ahad aku dapat surat..


ada orang bagi ubat ulser tuk aku...hehhe..thanx ek..ti lain kali bagi lah ubat2 lain, kan awak keje kat syarikat ubat ubatan kan..haha.. :))

Rabu, 11 Mei 2011

bestttt kan!!!

best kan dapat berbual ngn owg terkenal..huhu..



cam citer omputeh tu..ada sorang pesakit kanser nak jumpa sangat dengan bill clinton presiden amerika syarikat dulu tu..clinton siap blakon lagi dalam movie tu..ape tah tajuk dye..aku pun xingat dah..huhu

Hajat seorang remaja berumur 13 tahun yang mengidap kanser tulang tahap tiga, Hanif Zolkeflee untuk berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlaksana jua akhirnya apabila
beliau dihubungi oleh Najib menerusi telefon, malam tadi.

Pada peringkat permulaan, perhubungan dibuat menerusi laman sosial Twitter, namun ekoran cuaca buruk, menyebabkan Najib menelefon sendiri remaja berkenaan, di Hulu Selangor.

Perbualan yang sangat bermakna itu berlangsung selama 10 minit di Pusat Khidmat Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan di Bukit Beruntung di Hulu Selangor, yang diperdengarkan kepada kira-kira 50 orang hadirin menerusi sistem pembesar suara telefon bimbit milik Kamalanathan.

Hanif yang pada mulanya agak berdebar dan gementar ketika bercakap dengan Najib akhirnya berasa seronok apabila pemimpin negara itu menjawab semua sembilan soalan yang diutarakannya secara santai dan turut menyelitkan lawak jenaka.

"Perdana Menteri seorang yang agak kelakar dan prihatin, tidaklah garang sangat. Sebelum cakap saya rasa takut sebab ingatkan Perdana Menteri seorang yang tegas, tetapi lepas cakap saya nampak, tidaklah tegas sangat, malah seorang yang baik hati," katanya gembira selepas tamat perbualan dengan Najib.

Menjawab satu soalan mengenai harapan beliau terhadap pasukan bola sepak negara, Najib berkata beliau mahu pasukan itu terus mara ke hadapan dan menjadikan kejayaan dalam Piala Suzuki AFF baru-baru ini sebagai batu loncatan untuk meraih kejayaan yang lebih besar lagi.

"Saya nak pasukan bola sepak negara kita ini kalau boleh terus mara sebab kita hendak jadi juara di peringkat Asia Tenggara, tetapi kita masih jauh lagi untuk jadi pasukan yang disegani dan digeruni di peringkat antarabangsa," katanya.

Berkenaan konsep 1Malaysia pula, Najib berkata ia merupakan usaha untuk menyatu padukan rakyat Malaysia dan membina sebuah negara yang lebih kukuh lagi untuk bersaing dengan lebih berjaya.

Selain soalan mengenai negara dan isu semasa, Hanif turut mengajukan pertanyaan mengenai peribadi Najib antaranya tentang makanan dan minuman kegemaran beliau serta cita-cita lain sebelum menjadi Perdana Menteri.

"Saya ni suka makan, macam-macam saya suka makan. Saya suka masak tempoyak ikan patin tulen dari Sungai Jelai di Pahang yang tidak ada pencemaran," katanya sambil menambah beliau pernah bercita-cita untuk menjadi ahli korporat dan pemain bola sepak.


Ketika diajukan soalan mengenai kenangan manis sepanjang menjadi Perdana Menteri, Najib berkata, "Tiap-tiap kali menang di pilihan raya (kecil) saya anggap sebagai kenangan manis, antaranya apabila menang di Hulu Selangor sebab di sini ada pertarungan hebat."

Pada kesempatan itu, Hanif turut bertanyakan sama ada Najib bercadang untuk melawat Hulu Selangor dan pemimpin itu berkata beliau akan melawat kawasan itu satu hari nanti.

"InsyaAllah, YB Kamalanathan yang harapkan sangat saya melawat kawasan dia (disambut gelak para hadirin), saya tidak melawat pun saya tahu macam-macam kejayaan dia di Hulu Selangor, dia dah buat Klinik 1Malaysia, saya janji akan melawat juga satu hari nanti," katanya sambil disambut ucapan terima kasih oleh Kamalanathan.

Di akhir perbualan itu, Najib turut mendoakan agar remaja itu pulih dan mendapat kesihatan yang baik selain turut berpesan agar Hanif terus menyokong wakil rakyat Hulu Selangor itu.

Hanif yang turut ditemani bapanya Zolkeflee Zakaria dan ibu Salisah Ibrahim, masing-masing 44 tahun serta adik, Hafiz, 10, kemudian meluahkan hasrat untuk berjumpa dan bersalam dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Kamalanathan berkata beliau akan berusaha untuk merealisasikan impian bagi menemukan Hanif dengan Perdana Menteri dalam masa terdekat.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi meluangkan masa, sekarang Hanif bagitahu nak jumpa beliau pulak, jadi ini menjadi tugas saya untuk menjadikan impian itu satu kenyataan," katanya.

Zolkeflee pula menyifatkan Najib sebagai pemimpin berjiwa rakyat yang sanggup melayan karenah kanak-kanak di mana bukan semua Perdana Menteri boleh melakukan seperti ini.

Ibu Hanif, Salisah pula berkata impian anaknya untuk berbual dengan Najib itu dianggap sebagai hadiah Hari Ibu yang paling bermakna dan beliau merasa sangat terharu kerana Najib sanggup meluangkan masa untuk merealisasikan hajat anaknya itu.

Hanif yang disahkan menghidap kanser tulang pada 27 September tahun lalu apabila terjatuh dalam rumah ketika bermain di ruang tamu mula menyatakan hasratnya untuk berbual dengan Najib menggunakan komputer riba baru pemberian Kamalanathan kerana beliau sangat kagum dengan Perdana Menteri yang bukan sahaja peramah tetapi juga sangat peka dengan media baru.

Salisah sebelum ini meminta bantuan Kamalanathan mendapatkan komputer buat Hanif yang sering bersendirian di dalam bilik.

- Bernama

Isnin, 9 Mei 2011

~~cerita kedai makan~~

assalamualaikum dan salam tengah hari (cam nak berpidato plak..aizzad jek leh berpidato.hehe) terasa cam nak tulis blog ariney..hehe...pagi ini ada kelas di maktab cam biasa lah walaupun dah studi week..hehe..abes kuliah, perut dah menyanyi lagu keroncong asli, pe lagi aku ajak anep pi tapau kat depan taman siswa...masa nak tapau tu, budak-budak umah ajak makan sekali..tanpa pikir panjang aku dan anep join depa makan sekali..

biasalah, bila dah berkumpul ramai-ramai camtu, mesti ada je cerita nak dibentangkan..aizzad ngn fati cerita pasal semalam depa pi tengok badminton kat stadium suka menanti alor star..best r tu..haha..sonok dengar depa cita pasal maki orang yang lalu lalang masa tgk match tu..tapi tu lah realiti masyarakat malaysia, tak reti nak hormat orang lain dalam sesuatu majlis..bila tau orang ngah tgk match, hormatlah..cepatkan pergerakan, jangan dok lengah2 sampai menganggu orang lain nye kosentrasi kan..dah tu siap ada yang merokok dalam ekon(air-cond) xde sivik nye orang lah weyh..

tersengih aizzad bercerita

dah tu, KA pun dok bukak cerita pasal kenangan zaman taman siswa..dok berjalan kaki pi semayang jumaat..pastu balik semayang ujan plak..amek daun besar mana tah, dok cover kepala...fahmi plak cerita pasal bekas rumate dye abg mat dan pasal usrah kat surau taman siswa..haha..kenangan-kenangan tu semua akan tetap diingat sampai bila-bila.. pejam celik dah 4 taon duk kat sini..taon depan final year, pasni dah tak jumpa korang lagi..papehal bila dah posting nanti jangan lupa kat member yek..huhu

ceteka ape KA ngah buat tu


jom layan lagu ini plak

oleh UNIC sebuah pertemuan....

Sabtu, 7 Mei 2011

zon bengang : GULA-GULA

korang suka makan cula-gula x?? dulu zaman aku muda-muda, aku minat sangat makan gul-gula..cedap..tp skang dah lain..aku tak minat gula-gula dah...kesian r lelaki-lelaki kat malaysia ney..sebab benda ney, satu negara abis berdosa :(

posing macam mintak gula-gula kan..

yang ney plak malaysia pop M-POP :P
24/7 nama kumpulan ney..


aku tak nak buat kontrovesi dalam blog ney, korang yang mana nama melayu, kulit pun kulit melayu, jom sama-sama kita HOT:REFLEKSI diri kita...pikir-pikirkan lah..nak minat korea xsalah..tapi kalau dah terbawak-bawak camney..haihh..camne nak cakap ney..susah lahhhh

korang tau tak, HITLER dah marah kumpuplan GULA-GULA ney tau..kalau tak percaya tengok kat bawah ney..





tujuan aku post bukan nak carik pasal, tapi ingat-mengingat kan amalan mulia..hehe..renung-renungkan selamat berblogwalking..hehe

zon santai : rehlah di tasek!!

disebabkan kebosanan yang melanda diri aku hari ini..maka petang tadi aku mengajak rummate anep ke tasik darul aman..konon-konon nak lepak kat sana r, ilang kan bosan..then kak nadia pun bagi tau depa pon nak pi picnic kat sana..aku pon set r..nak join sekali..hahaa..

then, pas asar, aku dan anep siap-siap r pi tasek (ayat cam karangan SPM, padiaaa) on da way nak pi tasek ada plak sekatan jalan (road block) ceyh..cuak gak sebab befor dis anep terlupa bawak wallet masa bawak moto, siap kene tahan ngn JPH naseb bek r xkene saman..ari plak polis wat roadblock..seb bek dye bagi lalu jek..xde r nak tahan ke apa ke..aku nampak banyak nau moto kene tahan..sian plak aku nengok.. :( tetiba nak emo pasal pa?? ceyttt..

sampai kat tasek, mak aih punyer lah ramai orang..pergh..seb bek naik moto je, x r susah nak carik parking kan..selit sana selit sini dah leyh parking..haha..siha, kak nadia, kak nana pon ada kat sana..bagus r..xyah tunggu lama lagi kan..kiteowg pun gi r beli air ngn coq pisang..nak jamu diowg makan katanya..haha..diowg plak leyh bawak kepci kan (KFC).. pe ag, balun r, owg dah bg makan cedap-cedap..hehe..

amacam terlioq x?? hehe

cecari cecari..hehe

air jambuuuuuu..muka legend aty cute..haha

zon bengang : bowsan ya amat!!!

aku bowsan dowh..dua ari cuti xwat pape..bila lah nak exam ney..jadual exam pun xdapat lagi..pensyarah kata semester exam sebelah petang..pergh..sepanjang aq duk kat ipda ney asyik-asyik dapat exam petang..letih kot kalo 5 hari exam petang..tak adil lah..xde tempat untuk kami luahkan perasaan jadi wajar lah luahkan perasaan kat blog..bgus juga depa wujudkan blog..cume yang xbgusnye kalo blog tu xpopular cam blog aku, xde owg nak baca..haha..peduli apa aku orang nak baca ke tak..

minggu depan ada kelas lagi..maksudnye xde studi week lah..terus exam je...hebatkan..kalo tak skor tak tahu r kowg sume.. :P

petang-petang sabtu ney, jom layan lagu ka, movie ka, bosan ya amat aih..otak aku leyh beku camney.. nak baca buku ,malas plak aih..hehe...semalam aku dah khatamkan blogwalking best fren aku ney..

hairi

haris

dua ekor mamat ney lah yang encourage (betul eje camney) aku berblog..niceman..hahaa..tetiba rasa nak postkan pic reunion hari tu..jap ek nak carik..huhu


ney pic masa hari raya taun lepas..hairi join sekali..

yang ini plak pic masa....


hairi xdapat join..cedey r..(tetiba jadi cedey plak an) wakaka.. hairi ko kalo ko baca ko kene join aktiviti kita pasney..aq nak panjat broga hill ngn kowg weyh..kita semayang subuh kat sana ek..huhu..amin(arap2 jadi r)..imam dye sudah semestinya USTAZ MAULA lah..hehe..

rasanya dah abes aku membebel..leyh r layan lagu yang berjaya mendapat RATING tertinggi minggu ney dalam hati aku..jom layannnn

stacy: kisah dongeng

best au lagu ney..layannn k..hehe

Jumaat, 6 Mei 2011

kau nak jadi lobak, telur atau biji kopi??

mak, zal dah x kuat mak..macam-macam bala sampai ney..masalah dengan bos, masalah dengan ina, masalah ngn member, masalah duit lagi...aduh, mak tolong zal mak..zal dah buntu mak, tak tahu nak buat apa lagi ni..

mak diam seribu bahasa....

"mak nak tolong ke tak nak ni mak"..(faizal membentak)

mak masih terjelepuk di atas kerusi usang itu...

"mak tolong lah mak" faizal merayu kepada emaknya

tiba-tiba mak bangkit dari kerusi itu, dan berjalan ke dapur..faizal membuntuti emaknya macam kerbau menuruti tuannya.. lantas mak bersuara..

"pi ambil lobak, telur dan biji kopi dalam lemari tu (almari) (dialek melaka)"

"kemudian kau tolong mak panaskan air di dalam 3 periuk"

"kalau dah panas, masukkan lobak dalam periuk A, telur dalam periuk B dan biji kopi dalam C"

"hebat mak aku ney rupanya, kat periuk siap dah labelkan A,B,C", getus hati faizal

"ape kau termenung lagi tu faizal, biarkan lobak, telur dan biji kopi selama 5 minit", mak berkata.

(5 minit kemudian)

"padamkan api, dan lihat apa yang terjadi pada lobak, telur dan biji kopi tersebut", suruh mak..

faizal membuat analisis bak saintis dalam makmal





lobak : menjadi lembik dan rapuh
telur : daripada lembik menjadi keras
biji kopi : tersebar dalam air panas, air jadi hitam dan berbau wangi mak..

mak pun berkata " macam tu manusia zal, kau kalau jadi manusia kene pilih nak jadi lobak, telur atau biji kopi. air yang mak suruh kau panaskan tu, ada cabaran dan dugaan dalam hidup kita".

"dalam hidup ini ada 3 jenis manusia ketika menghadapi cabaran, zal", ujar mak

"manusia jenis lobak: pada awalnya kental tapi bila berhadapan dengan cabaran, lembik dan rapuh terus hancur", kata mak

"manusia jenis telur: mulanya lembik, bila berhadapan dengan cabaran, kental dan keras hatinya",

"manusia jenis biji kopi: mulanya kecil sahaja, bila berhadapan dengan cabaran, dia mampu mengubah cabaran mengikut kehendak dan acuan dia sendiri, malah cabaran tersebut yang terpaksa tunduk kepada dia', ceramah mak panjang lebar.

"sekarang kau cakap dengan mak, kau nak jadi manusia apa?,

kisah di atas 30% aku ambil dari siri semanis kurma tv9 5/5/2011..70% hanyalah imaginasi aku


dugaan itu hanyalah ujian daripada yang maha esa untuk kita sedar bahawa betapa besarnya kita perlu kepada-NYA. perasan tak, bila ada ujian baru lah kita nak berdoa, merayu pada Allah.. aku pun tak terkecuali gak. ada masalah baru nak mengadu kat Allah..malunye aku nak meminta pada Allah padahal sebelum ini aku lalai dalam melaksanakan kewajipan aku,:(

Khamis, 5 Mei 2011

Nokia E72 ehem ehem ehem



tetiba rasa nak post kan video ney.haha..ntah nape lah ek..kui3..layan je k..

Rabu, 4 Mei 2011

cuti 1 Mei!!

dah lama ngat aih xtulis blog..xtao nak cita pa dah aih..ce bagi ce bagi idea sikit..haha..jam plak otak aq malam-malam buta ney..hmmm..dok cita pasal cuti minggu lepas pon ok gak kan..hehe..cam yang korang tau, minggu lepaskan cuti 3 ari, jumaat, sabtu ahad sempena cuti Hari pekerja (bagi negeri Kedah)

ari jumaat: cam biasa r, kalo dah nama ari cuti an..kene ar bangun lambat..pas subuh aq tido balik sampai kul 10..pastu sarapan anep yang tapaukan..hehe.. (senangnye hidup, cam bos plak rasanya) kui3..anep jangan marah naa.. then siap-siap nak pi semayang jumaat..pastu dok umah layan movie SENJAKALA..(leyh r citer dye.seram-seram kuku) (sebab tengok siang hari), petang tu plak, pakat2 basuh keta..pastu kemaskan halaman umah sewa kami.. amsyar bakau sampah, tapi api xnyala2 pasai pa?? kah3

hari sabtu : bangun pon lewat ngat aih..budak-budak umah ajak pi sedim, depa cakap nak tidoq sana.. aq plak xleyh join sebab dah ada janji..pastu petang pas mayang zohor, khabar angin nak pi sedim bertiup kencang lagi..seb bek xribut taufan..petang tu kiteowg lepak kat tasik, ingat nak main frisbee, tp xjadi.hehe..ujan renyai2, then budak2 cakap "jom pi ayaq panas" sudah, aq cakap..baling sana tuhhh...

malam tu aq kuar ngn sowg member gi city plaza, amek blackberry dye.. sonok sakan r tuh pakai blackberry..ceytt...seb bek aq ada gak..klon blackberry (bukan blueberry au) hahaa..lepak umah dye sat..kul 11.30 kiteowg join member umah pi ulu legong..singgah sat kat gurun beli berus gigi, yang pelik, kat shell xjual ubat gigi..dah tu nak letak kat berus gigi pakai pa?? minyak rambut?? haha

jalan nak pi ulu legong memenatkan...letih r...sian member aq drve sowg2..aq nak lena xsampai aty..wakaka..sampai je kat ulu legong MAK AIHHHH, ramai nau owg..cis, malas r plak nak masuk..baju dah tukau, camne?? last2, kiteowg beli rm2 kopok lekor, rm1 goreng pisang, makan kat wakaf dekat tempat tu. member lain sume masuk dalam kolam ayaq panas..kul 4 kiteowg chow balik..ingat nak rest kat baling je, tp xde tempat kosong..dengan gagah balik aloq staq kul 4.30 pagi tu, dalam hujan lebat, xnampak pa aih..bahaya giler..kete kat jalan plak ada r dua tiga jer.."ini kalau jadi pape kan bahaya" aty aq berkata2. aq suwuh member tu berenti kat R&R.. dye plak leh pecut balik umah..dalam kul 6 sampai umah, tidoq sampai kul 12..haha, rekod baru..kul 12 bangun..malu giler kat owg aih..

ari ahad: mak member aq wat asam pedas..perghhh..pedas nau..tp tetap terbaik..cam rasa nak balik melaka tyme tu mintak nenek aq masak asam pedas..hehe..pas makan sume, kiteowg pi jalan2 kat city plaza, nak betulkan setting blackberry..(aq xreti aih bnd2 IT ney, buta IT lah aq ney)..ujan lagi kedah..aih payah nak jalan aih..pastu singgah jap pi beli wafel


peanut choclate..cedap weyh..seb bek xnaik jerawat aih..haaha..tp cedap r..dari city plaza, rushing pi jitra mall, cari perfume member..dah sampai, kedai plak tutup..adoyai..alang-alang dah sampai kan..ce jalan ce jalan tgk kedai enset..hehe.member aq yg sowg ney terbeli casing untuk BB dye..sonok r tu, pakai casing pulak..haha..dari jitra mall kite pi pasau malam jitra plak..adoyai, dye sudah jumpa durian plak..3biji rm10..murah kan..haha, pe ag rembat ar..dah beli satu plastik rasa tak cukup, amek plak durian yang besau, dua rm15..abang tu plak baik aty, dye bagi extra satu ag durian kat member aq ney..kenyang lah makan durian sampai 6 biji..wakaka..

before sampai umah, singgah asrama jap, kakak loading tapaukan asam pedas ikan pari, ayam masak cili padi, nugget...mak aih, cedapnye..terpaksa makan gak (padahal memang aq nak makan sangat asam peda tu) hehe..cedappnyeee...kalo tadi rasa nak balik, skang rasa nak terbang je pi melaka, makan asam pedas mak aq....

ari ahad malam memang aq tido dalam senyuman r sebab puas melantak je..hehe..cuti hari pekerja taon ney memang lain daripada yang lain..bestttt...hehe...kalo ari tu leh dipanjangkan aq rasa cam nak panjangkan je cuti tu..hehe...

tu saja ocehan aq malam ney..dah pukul 1..aq mau tido..

kaki karut:
tukang karut...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...