Ahad, 30 Mei 2010

serangan LanGkaSukA!!!

wah, langkasuka diserang dinasour..muhahaha..ad ke patot, hanan cakap jamuan kelas kite macam jamuan anak-anak yatim...hampes...haha, sebabnya bile makan baca doa dan amek gambaq ramai-ramai..haha, xkesah pon..janji perot kenyang mulut tutup sudey..haha..bestnye makan kat langkasuka, best lagi bila ada orang belanja, terima kasih ustazah..bonda kami..huhuhu....

makan pun dah kenyang, ari sabtu, aq ngan member pi r dataran jubli emas kat aloq staq dengan hajat nak tengok persembahan festival belon udara panas diraja..tapi hampanya, angin kuat sangta so depa x leh nak kuarkan belon..takpe, arini aku akan cuba lagi..wish me luck..huhu

Rabu, 26 Mei 2010

cara elakkan selipar hilang!!

huhu, baru jek abeh exam metodologi bahasa arab...huhu..nasib baik lah leh jawab..huhu, thanx kat ustazah..hehe...minggu ney berderet-deret exam..isnin:ibadah. selasa:sirah rabu:arab khamis:al-quran..esok paper last, petang plak tu..huhu..boleh ke?? insyaAllah..den pon boleh!!!(trademark iwan) haha..perlu ke??

tiba-tiba aq teringat kisah masa zaman tingkatan satu kat sultan muhammad..haha, setiap kali pi masjid, mesti ada kasut hilang, tension tol..budak-budak form 1 selalu kene buli..haha..so nak elakkan selipar hilang banyak kali dan menghabiskan duit mak bapak untuk beli selipar baru, kiteowg amek keputusan untuk wat cara ney...



cube r..mesti jadik nye..haha, kiteowg pernah try dulu kat sekolah..hehe...tahan sehari jek, pastu malu ngn senior..hehe...tapi kalo sape2 yg berani tu cube r..huhu...sure x hilang nye..and op koz popular..hehe

Isnin, 24 Mei 2010

perlu ke jadi cantik???

Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.

Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.

Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal sepuluh inci?.

Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.

Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah buatan yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.

Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.

Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, Buta ke dia??
Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!

http://halaqah.net/v10/index.php?page=132



pakai purdah pon cantik jugak

arrghh..exam, nape ko susah sangat..huhu

minggu ney dan minggu lepas, exam semester dah pon menjengah..adoyai, sakitnye kepala aq dok menghadap buku, last-last buku yang menghadap aq..hehe..soklan spot sikit punyer banyak, baca punyer baca last-last tak kuar gak..adoyai, stress der camney..aq dah r x pandai nak studi, SPM pon x r bagus..huhu...menyesal tol x cover awai2.kan dah jadi cam ney..huhu...

minggu ney ada 4 ag paper, mak ai, skit punyer banyak, xde rest plak tu 4 ari berturut-turut...camne aq nak studi sume neh??? musykil...dah tu sempat lak nak update blog..hehee...nampak sangat x studi..hehe

sebab stress ialah



exam, finacial, aweq..hahaa
ea ke sume tu??

ntah r x pasti lak aq..huhu
dah tu tak tao nak studi ke?? huhu..jangan sampai jadik camney pulak sudey
r..hehe



"tidur berbantalkan laptop"

peribahasa baru, tidur berbantalkan lengan dah x relevan dah..muahahaha...
kalah karam singh walia cam ney...hehe

Isnin, 10 Mei 2010

musim pekse menjelang, sakit kepala mendatang!!


(selamat menempuh peperiksaan)

minggu depan adalah minggu paling mencabar bagi guru pelatih kerana peperiksaan akhir sem telah pun menjengah ke kampus kita, maka saya dengan ini menisytiharkan bahawa, selamat menempuh ibadah peperiksaan dan saya ada sedikit tips yang saya ingin kongsikan bersama dengan rakan-rakan semua agar sama-sama kita dapat realisasikan harapan mak dan ayah di rumah..amin..semoga memperoleh keberkatan..



1. Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.

2. Kenali (ta'yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas
peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk
subjektif atau objektif, bilangan soalan, variasi soalan, bentuk-bentuk soalan
(struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya) yang akan dikemukakan nanti.

3. Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.
4. Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala'ah dan
muraja'ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam
lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exan bermula.
5. Setkan (tathbit) markah atau CGPA untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai,
letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ;
A untuk semua subjek/ CGP 4.0 untuk subjek2 di Universiti.
6. Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan
meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. Contoh
keputusan A dalam semua subjek dalam STPM 2009.
7. Bina komuniti (ijma' wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh,
study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam
subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat
untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-
tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.
8. Ajar (ta'lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan
mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang
lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping
dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.
9. Membiasakan diri merujuk kepada guru/pensyarah (murshid) jika tidak begitu faham
dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada direct dalam kelas atau selepas waktu
pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan
guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.
10.Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat
analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di Bank Soalan
Sekolah/Universiti, pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang
(pengalaman penulis) jika format tidak berubah. Perhatikan rentak (bentuk) soalan
yang dibuat guru/pensyarah dan tackle cara nak menjawabnya.
11.Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan
diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau
guru.
12.Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang
ma'thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh
Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan
dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.
13.Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup
stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia
tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.
14.Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada
Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.
15.Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari
guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. 16.Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus
meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan
masa hadapan.
17.Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak
berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya
satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang
membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada
kemahuan di situ ada jalan.

http://zulkanai.blogspot.com

jangan lupa jaga kesihatan, makan jangan tinggal, ikut masa, dan jangan wat perkara2 yang tak masuk dek akal pulak..igat lah orang tersayang menanti kepulangan anda..

Ahad, 9 Mei 2010

muvie review: KAIJI


sinopsis:
ito kaiji budak yang bernasib malang, hidup selalu ditimpa masalah dan dikejar ALONG, pada suatu hari kaiji telah bertemu dengan ALONG yang selalu memberi dia meminjam duit, ALONG (riko endo) memaksa kaiji membayar segala hutangnya, namun kaiji tidak mempunyai duit, maka riko menyuruh kaiji memasuki pertandingan di atas kapal espoir (harapan), di atas kapal itu, terkumpulnya semua manusia2 loser yang memang xleh nak diharapkan lagi, maka mereka dikerahkan supaya bermain pertandingan kertas,gunting,batu.. dan diberi tiga bintang emas, siapa yang berjaya mengekalkan 3bintang tu akan layak untuk menang, sape yg gagal akan diseksa di underworld, korg kene tgk cmne kaiji nak menang game ney..memang best giler..nak pendek kan citer, kaiji masuk ke underworld tu sebab nak tolong encik ishida..setelah lama duduk dalam underworld dan dikerah tenaga untuk membina kerajaan bawah tanah, maka kaiji dan 9orang yang lain telah mencabar game yang bernama brave man pe tah, (aq xsure sgt, so kowg kene tgk), macam mane kaiji nak lepasi jambatan crane yg ade eletrik?? dan macam mane bentuk game emperor..
so jangan lupe saksikan KAIJI the ultimate gambler..

jalan cerita mantap, music arrangement superb, pelakon wah!!
aq bagi 3 1/2 bintang kepada filem ney..huhu

Rabu, 5 Mei 2010

hari ibu



hari ibu datang lagi (macam iklan tora)..haha..tuhanku, jauhkan aq dari sifat si tanggang, pinggirkan aq dari peribadi malim kundang, buanglah aq dari perangai al-qamah, tapi pupuklah aq dengan akhlak rasulullah ikutan terbaik sepanjang zaman..amin ya rabb... hari ibu bukan sehari, hari bapa bukan sekali, dari hidup sehingga sesudah mati bekalan amalan baik dan doa anak yang soleh mengiringi perjalanan di alam baqa' nanti..

jasa ibu bapa memang tak dapat dibayar dengan wang ringgit. buatlah baik kepada mereka seperti mana mereka menjaga kita sejak kecil dahulu...doakanlah mereka supaya syurga nanti menjadi penawar kepada segala kedukaan mereka sewaktu membesarkan kita. susah payah, penat jerih mereka membanting tulang mengumpul duit membesarkan kita, bayarlah kepada mereka segulung kegembiraan agar mereka menghadap tuhan dengan hati yang ceria dan beroleh keberkatan dan syafaat.. insyaAllah.

Ahad, 2 Mei 2010

cinderella sister




She has neither aspiration nor emotion and her smile is sarcastic. Eun-jo is a girl who has apathy toward life. Her mother, who has been living as a single mother for 18 years, finally found the right person to marry and brought Eun-jo into the stepfather's house.

A decent house and a decent family.. Eun-jo feels that everything in this house does not fit for her. The most unbearable thing she faces is the stepsister Hyo-sun, who is the apple of her father's eyes and beloved by everyone in the house. Hyo-sun also takes away the mind of Eun-jo's mother, just like her bright and untainted character attracted all the other people. Eun-jo cannot tolerate this situation, since she lost the only one that she completely owned.

She sets her mind on getting even with Hyo-sun. "Cinderella shouldn't be loved by her stepmother. You broke the rule! I'll pay you back by taking away what you have and will have! But then... What should I do first?"

aq bar tgk satu episode citer ney...tapi aq rasa macam menarik je, so aq nak sugesst kat kowg sume tgk r citer ney k...huhu..enjoy the show at KBS WORLD ch 303 astro... ahad 11.10 sampai 1.30ptg..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...