Rabu, 17 November 2010

raya korban yg terkorban ialah..


kek adik aq wat



lauk kenduri raya adil adha eve

bestnye raya aji taon ney...huhu...

1)hari pertama sampai rumah, on9 dulu..wish slamat ari raya kat member di FB
2)hari kedua whic is malam raya, ada kenduri..so aq tolong r potong2 sayur..hehe
3)adik aq balik dari asrama, dye bawak adiah tuk bufday aq..wahhhh..terharu seyh..huhu
4)malam kenduri disertai dengan takbir hari raya
5)pas kenduri, adik aq no 2, buat suprise plak..dye buatkan kek sempena bufday aq..wargh..lagi aq terharu..hehe
6)pastu tidoq dalam senyuman
7) pagi raya, mandi sunat ari raya dan solat sunat ari raya
8)pi umah mok de, makan rendang kerang best..huhu
9)tolong ayah aq kat bendang..huhu..semai padi dalam hujan..huhu
10)balik umah, mandi, solat, tidoq..

Sabtu, 13 November 2010

150 juta kali!!

150 juta kali...

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salahnya saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..

dalam masa dok layan buku nak studi last paper, jom layan lagu ney..huhu..ramai seyh yg nanyi balik lagu ney..best..
p/s search je kat youtube..cube dengar ainan tasneem cover dan awek..best suara depa..

Selasa, 9 November 2010

adakah lagu ulek mayang itu misteri??

kes 1 (diceritakan oleh Haris Taqiuddin)

waktu tu kat kampung,balik wajib (asrama),rasanya sabtu malam ahad.
aku dekat dapur masak megi. takde sape kat dapur. sunyi. nenek aku tidur. dekat dgn dapur bilik-bilik air + tandas. masak mblkgkan b.air.
tetibe je gatal pi nyanyi ulek mayang,lirik men bedal jek,act aku lebih kepada humming lagu tu.

then tiba2 rasa semacam,mcm ada bnde pdg dr dalam bilik air. again,aku memasak mblkgkan bilik2 air. so aku terasa bnde yg pdg aku tu dr bilik air belah kiri aku,bilik air yg aku selalu guna. bilik air tu mmg seram sket. aku terus stop kacau megi tu,larik, tgglkan kan dapur,dgn dpr gas dok nyala. then ntah cmne nenek aku lak kebetulan dah tjaga sebab ada org dtg. so aku lari2 tserempak nenek aku. tkezut aku. pastu aku tunggu nnk aku masuk dapur,br aku masuk then pdm api cpt2 sblm dia pasan haha. dah kmbg dah megi tu. air dah kering dah sbb lama aku biar.
the end.

xseram pon. hihi.

tapi itu, cerita dye, yang mengisahkan bahawa wujudnya entiti berbentuk angin yang masuk ke dalam bilik ayaq..ape-ape pun, anda tentukan kebenarannya, macam mana?? nyanyi lah lagi tu sambil masak meggi lah..huhu
credit tu haris, UITM

kes 2 (diceritakan oleh aleph)

Pada suatu malam, aku sedang dalam perjalanan dari rumah mahu ke 7eleven untuk cari benda seronok untuk dikunyah. Masa tu pukul 3 pagi. Jalan yang aku selalu ambil tu dikelilingi sangat banyak pokok yang tinggi dan ia sangat rimbun sampai ia hampir cover semua cahaya bulan malam tu walaupun malam tu bulan sedang purnama.

Disebabkan aku sangat bosan sebab kebetulan xbawak Mp3 aku decide untuk menyanyi sorang2 dan randomly aku nyanyi lagu ulik mayang. Dan betul2 masa aku nyanyi tu aku dengar something yg sangat peculiar dkat pokok2 sekeliling aku. Macam pokok2 bergegar dgn kuat. Aku ignore dan teruskan menyanyi.

Dan bunyi tu makin violent lantas aku angkat tangan dan semua pokok2 tu "boof!" mengeluarkan spotlight serentak dan menghalakan lampu ke arah aku dan aku bukak baju aku mengreveal baju yang sgt glamorous di dalam dan pokok2 tu semua jatuh ke belakang dalam bentuk bulatan dan sebenarnya aku sedang berada di stage dalam stadium dan ia dipenuhi peminat2 dari seluruh negara dan mereka mberi standing ovation untuk entrance yang sangat dramatic ini dan aku menyanyikan ulik mayang versi rock and roll untuk start malam itu. True story bro.

yang ney aq tao, dah sah-sah seram-seram geli.hehe..ada ke patot, dok angkat tangan ala-ala elvis presley..hehe..aleph, ko memang pak lawak. awal-awal seram dah, ngah syok-syok ko leh wat lawak, potong stim r..hihi..

itu sahaja dua kisah misteri yang dialami sendiri oleh kawan-kawan ku, Haris dari UITM, aleph dari UIA...nak tahu betul atau tidak terpulang kepada kowunk..

Khamis, 4 November 2010

sayangkan anak tangan-tangankan?? bacalah dulu

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

Rabu, 3 November 2010

banjir 3 november 2010


orang sume berpusu-pusu mengisi minyak dan membeli bekalan makanan..

salam, hari ini, 3 november 2010, my bufday. hari ini dalam sejarah, aku sambut bufday dengan air disekeliling. air yang aq xsuka..hehe..pagi ini cuaca cerah, aq harapkan semuanya ok lah. pastu hanif masuk ke bilik aq cakap, air sungai dah naik sampai rumah aku..aku hanya mampu berdoa je lah.

petang tu, aku dan hanif pi cari makanan tengah hari, semua kedai makannya dah habis. warghh, tensennye..masa nak jalan-jalan cari makan tu, aq terlihat taman siswa, tempat member aq sewa rumah kat situ, habis tenggelam, dan gambar di bawah ney bukti depa dok cari tempat tinggi selamatkan barang-barang depa.



semua berpusu mencari tempat tinggi..

Selasa, 2 November 2010

banjir 2 November 2010!!


baru semalam gi makan kedai nye


terkandas nak pi IPG kampus darul Aman


kedai makan pun tenggelam


depan taman..huhu...

jitra banjir teruk!!

setelah 4 hari hujan turut tak berhenti daripada jumaat sampai isnin, tak sangka pulak jadi banjir teruk sampai camney. dah lah aq exam pagi ney (selasa) jalan depan taman melur habis banjir, x boleh lalu. so kami pakat-pakat ikut jalan dalam seberang sungai besar kat titi besi, seram giler naik titi tu..

alhamdulillah, dapat juga aku jawab exam teknologi pendidikan, huhu, walaupun xtao betul ke tak, hihi. yang lagi mengemparkan ialah keseluruhan bandar jitra dan darul aman hampir lumpuh sebab banjir, air naik mendadak, highway plus pon banjir, huhu. kalo korang x percaya tengok gambau ney..



tanjung pauh terlibat dengan banjir
kredit tu arafah PISPM PK



tasik darul aman turut terlibat, teruk nampaknye..
kredit tu safwan PISMP Math



sawah padi jadi lautan..kesian kat pak tani..




jalan nak pi rumah aku terputus kerana banjir sampai paras betis...

nak makan, kedai banyak tak bukak, so lauk ariney ikan kering ngn nasi je..huhu.. naseb murah ja..hehe

Isnin, 1 November 2010

tukar cover baru plak, nak exam esok!!!!



nak tukaq cover blog lah..hehe, owg duk study teknologi pendidikan, aq dok leka edit blog..wah eppy nye ariney, dah tiga hari ujan kat jitra ney..hehe, suka3.. jom-jom kita studi teknologi pendidikan esok exam pagi, wish me luck okay guys..hehe... anyway langsir ariney adaptasi daripada angka 3 dan minggu exam..well kenapa aku pilih nombor 3 sebab ehem3 ar..hihih..btw, good luck guys 4 minggu exam ney..ganbate kudasai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...