Khamis, 22 Oktober 2009

moral anak-anak malaysia!!

syawal telah pun beberapa hari meninggalkan umat islam...namun kehangatannya masih dirasai oleh sesetengah orang.. dalam kemeriahan umat islam menyambut hari lebaran, sering saja kita terlihat di dada akhbar pelbagai kes jenayah yang berlaku acap kali.. ocehan ku ini bukan lah ingin menempelak mana2 pihak namun sebagai manusia, kita dituntut dalam agama supaya berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan lah dengan kesabaran. ragut, rempit, rogol dll semuanya trjadi disebabkan masalah keruntuhan moral anak-anak kita zaman sekarang.

masalah moral bukan sahaja menjadi titik tolak kepada kepincangan negara tetapi juga masalah kepada keluarga bahagia. semalam aku baru sahaja menonton program 360 di tv3.. isu yang dibentangkan ialah masalah hidu gam di kalangan pelajar sekolah. memang tidak dinafikan masalah ini melibatkan penglibatan semua pihak.. perngaruh rakan sebaya mendorong kepada masalah ini. acapkali aku terlihat anak-anak malaysia ini mengidu gam dan kemudian lalok di jalanan.. terkadang ingin sekali aku menegur mereka dan menyapa, namun padangan masyarakat membuatkan aku berfikir kedua kalinya.

masyarakat acapkali memang serong kepada mereka namun tidak pula menghulurkan tangan membantu..apakandaya aku hanyalah insan biasa yang petah menulis di dalam blog sahaja.. kalau masyarakat bisa mengubah persepsi mereka aku yakin malaysia bisa membendung masalah moral anak-anak in. perhatikanlah anak-anak jiran anda, layan lah mereka seperti mana anda menjagai anak anda...

Khamis, 1 Oktober 2009

sri langkasuka Vs Sala Classic




kembali ke IPGM KamDA, rakan sekelas aku mengajakku beraya di sekitar Aloq Staq. bukannya beraya di rumah pensyarah, tapi g menghabiskan duit di restoran Seafood...
raya ke-8 aku p restoran Sala Classic di jalan pendang-butterworth...
kami makan siakap tiga rasa, sayur kangkung belacan, sotong tepong, tomyam campur dan teluq dadar untuk 5 orang makan...

manakala raya ke 10 aku g restoran Sri Langkasuka di tempat yang sama.
tapi aku makan mee sup je..
jaga badan
hahaa

Khamis, 10 September 2009

Sejam pertama pasti rasa geram dan marah dengan pendekatan Islam yang di bawa cerita ini.Rasa nak bakar filem ni kalau boleh.Seperti menghina Islam.Tapi tunggu sehingga cerita ini berakhir.Sebuah karya adaptasi novel dengan tajuk yang sama daripada penulis Abeedah el Khaleeqi.

Cerita bermula dengan Anissa(Revalina S.Temat ‘Bawang Putih’) menunggang kuda dengan bertudung dan menutup mulutnya ditutup serban.Ibunya(Widyawati,isteri Allahyarham Sophan Sophian) memanggil-manggil namanya.Kemudian anda diimbas ke zaman kanak-kanak Anissa yang memberontak kenapa tidak boleh berkuda atau menjadi ketua darjah.Anissa selalu bertelingkah dengan bapanya seorang kiyai di pesantren(madrasah barangkali) kerana kedua abangnya dibenarkan berkuda dan sebagainya.Dia di ajar bahawa wanita tidak boleh menjadi pemimpin atau ke luar negeri.Hanya Khudori yang selalu mendengar luahannya.Khudori akan melanjutkan pelajaran ke Kaherah.Masa berlalu,setiap kali Anissa menulis surat,Khudori tidak pernah membalas dan memadamkan rasa cintanya.Setelah remaja Anissa diajar pula bahawa kuasa perkahwinan hanya di atas lelaki.Contoh:akan dilaknat si isteri jika tidak menunaikan ‘hajat’ suaminya.Ini menambahkan pemberontakan Anissa.

Anissa berhajat untuk melanjutkan pengajian ke Yogjakarta atau Kaherah.Akhirnya dia mendapat biasiswa ke Yogjakarta.Malangnya bapanya tidak membenarkan kecuali Anissa bertemankan muhrim yakni bernikah.Maka Anissa dinikahkan dengan Samsuddin,seorang anak kiyai di pesantren yang lain.Samsuddin digambarkan seorang suami yang asyik melaknat isteri jika tidak melayannya.

Beberapa-berapa adegan menyebabkan aku hampir tidak meneruskan tontonan.Termasuk adegan Samsuddin memaksa Anissa melayannya ketika dia sedang berwuduk dan azan sedang berbunyi.Begitu juga adegan Samsuddin memaksa madu Anissa untuk melayannya ketika sarat mengandung.Rasa memang gila filem ini kerana menggambarkan Islam sezalim itu.

Khudori pulang dari Kaherah.Anissa menemui Khudori untuk meluahkan rasa penderitaannya.Di sini Anissa digambarkan hampir-hampir melanggar batas agama Islam seperti hilang sabar sehingga dipujuk Khudori.Pertemuan Khudori dengan Anissa menimbulkan fitnah Samsuddin dan kuncu-kuncunya dengan mengatakan mereka berzina.Orang-orang di pesantren merejam mereka dengan batu.Masa ni pun aku marah dengan hukum Hudud yang main redah aje.Akibatnya bapa Anissa meninggal dunia dan pesantren itu dijaga oleh kedua abang Anissa.

Pandangan aku yang jijik dengan filem ini berubah apabila Samsuddin menceraikan Anissa dan Anissa berkahwin dengan Khudori.Manis sangat kasih sayang yang ditunjukkan Khudori seperti memanggil Anissa ‘isteriku yang cantik jelita’.Mengikut contoh Nabi Muhammad S.A.W yang memberi panggilan manja Ya Umairah kepada Siti Aishah R.A.Malah Khudori mengikut sunnah nabi yang memicit hidung isterinya ketika marah.Membantu isteri di dapur dan sangat sabar menanti Anissa melayaninya(kerana Anissa masih fobia dengan keganasan Samsuddin).

Anissa di uji Allah S.W.T apabila Khudori meninggal dunia kerana dilanggar kereta Samsuddin.Tinggal Anissa bersama anak lelakinya bersama Khudori.Di sini adegan menunggang kuda yang pertama cerita tadi dikembalikan.Anissa meneruskan perjuangannya dengan membekalkan buku-buku moden yang diharamkan pesantren kepada pelajar.Pelajar-pelajar di pesantren hanya dibenarkan membaca Al-Quran dan hadis.Bukan karya-karya sastera yang bisa mengalihkan perhatian.Anissa menekankan bahawa Islam memberi kebebasan dan hak yang istimewa kepada wanita selagi tidak melampaui batas-batas norma yang sebenar.Pengakhiran cerita ini diteruskan dengan Anissa bersama anaknya meneruskan perjuangan di pesantren itu.

Cerita ini menimbulkan kontroversi di Indonesia apabila Mejelis Ulama Indonesia mengaggap cerita ini memberi tentangan kepada penghidupan di pesantren.Untuk gambaran,suasana di pesantren di dalam cerita ini tak ubah seperti markas Al-Arqam di Malaysia.Aku tak berani nak komen.

Tapi yang aku faham cerita ini menggambarkan penindasan wanita apabila terdapat segelintir golongan lelaki yang menggunakan alas an Al-Quran dan hadis untuk memperhambakan kaum wanita.Sedangkan kita sedia maklum yang Islam meletakkan wanita di tangga tertinggi terutama ibu.Malah sebelum kedatangan Islam,puak musyirikin menanam hidup-hidup anak perempuan mereka(seperti yang disesali Saidina Umar Al-Khatab R.A).Khudori melambangkan lelaki Islam apabila meletakkan wanita untuk dikasihi.Wanita dijadikan daripada tulung rusuk kiri lelaki,dekat di hati untuk disayangi.Tidak daripada kepala untuk memimpin lelaki atau di kaki untuk dipijak lelaki.Itu nilai seorang wanita di mata Islam.

Lagu tema cerita ini dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza.

Keseluruhan cerita menyemakkan tapi memuaskan dan anda bisa tersenyum di akhirnya.

ini aku ambil dari nukilan blogger B.I.D.A.S.A.R.I
cume aku nak nasihat kat kita supaya pilih hiburan yang MENDIDIK JIWA.
kadang-kadang orentalis memang mudh nak pesongkan aqidah kita

sebagai contoh, sinetron Assalamualaikum Cinta
watak utamanya dibenarkan tidur sekatil walaupun bukan muhrim dengan alasan kehadiran nenek yang kononnya sedang solat tahhajud

Isnin, 7 September 2009

bisikan doaku dalam butiran tasbih

ketika cinta bertasbih, maka ketika itulah, setiap dari makhluk-makhluk ciptaan tuhan pasti akan terasa kebesaran dan kekuasaan-Nya...
tidak semestinya cinta itu boleh dilahirkan dengan percakapan, namun kadangkala ade juga pencupan tidak seikhlas hati...
cinta kepada tuhan???
Allah tidak pernah mengharapkan perhatian daripada hambanya, bahkan hambanya sendiri yang terleka daripada memberi perhatian kepada Al-Khalik...
sedarlah wahai handai taulan....
hidup memang sekali tetapi "sesal dahulu pendapatan sesal kat akhirat xde gune..."

rekaan atau kenyataan

salam....malam nie aku xdapat tidur bila memikirkan adegan anisa dan leh direjam dari filem perempuan berkalung serban...
digambarkan ketika itu ibu anisa berkata hanya orang yang tidak berdosa sahaja boleh merejam. jadi aku berbincang dengan teman-temanku, rejam itu boleh dijalankan oleh siapa. ada teman ku yang menjawab kita semua ada tuntutan melakukan rejam...
jadi aku konpius, babak dalam filem itu benar-benar terkandung dalam hadis ataupun rekaan semata-mata. jika rekaan maka bahaya lah jika semua umat Islam yang terpengaruh dengan cerita sedemikian..aku hanya meluahkan pendapat, tapi sama-sama kita fikrkan

Ahad, 6 September 2009





perempuan berkalong sorban.. sebuah karya implimentasi dari seberang yang menjadi santapan aku unjung minggu ini.. dah boring wat asgment, maka aku bukak lah citer ney. kawanku haris yang mencadangkan cerite ini. jika tidak salah aku sebelum inifilm ini pernah diharamkan...tp xtau r nape...
yang penting korang kene tonton juga

Jumaat, 4 September 2009



SBE di sekolah kebangsaan Taman Bukit Rambai melaka
satu pengalaman yang menyeronokkan.
dengan sambutan mesr daripada para guru kepada kami sehinggakan perangai adik-adik kecil membuatkan kami rasa senang dan dihargai di sana.
GB, GPK1, GPK HEM, kak marlina, kak Azi, kak Azza, kak shikin, abg nizam, Ustzah zawiyah dan kakak2 pelatih daripada IPGM kampus Perempuan Melayu melaka masih segar dalam ingtan ini.
keterbukaan mereka bercerita pengalaman mengajar kepada kami amat kami hargai.
insyaAllah jika ada jodoh, pasti salah seorang daripada kami akan mengajar di sana

ramadhan karim!! Allahu Akbar

salam ramadhan buat pemirsa-pemirsa blog ku ini...
ramadhan karem dah pun menjenguk ke ruang jendela kita..
sesungguhnya kita sebagai umat Islam seharusnya memanjatkan seribu kesyukuran kerana Allah telah panjangkan umur kita sekali lagi dan dapat kita bersama-sama menunaikan ibadah puasa lagi.

seminggu sebelum berpuasa, aku dan rakan-rakan telah menjalankan Program Pengalaman Berasaskan sekolah di SK Taman Bukit Rambai..
sekolah tu memang seronok

Sabtu, 1 Ogos 2009

BIG fasa 2 2009




fasi perempuan, kak Miejah....
aktif tol dak2 ney



pagi tadi kelas aku dan kelas Pemulihan mengadakan satu program bersama pelajar di SK JITRA 2.... memang penat melayan telatah mereka tapi satu pengalaman berharga wat kami semua

Sabtu, 18 Julai 2009

kisah israk mikraj

Rasulullah saksikan 10 balasan bakal diterima wanita di akhirat nanti


HARI ini, 27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.

Firman Allah bermaksud: "Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra', ayat 1)

Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.

Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa.

Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.

Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah bermaksud: ?Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. "Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.

"Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. "Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." - (Surah an-Najm, ayat 13-18).

Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui.

Jibril menjawab: "Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga." Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.

Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.

Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah.

Apabila puteri itu mendengar perkataan ?Allah?, dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah."

Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah.

Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyita. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.

Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran."

Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.

Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj.

Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga mati.

Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

israk mikraj

tarikh: 22 Julai 2009
tempat: masjid An-Nur IPGM kampus DarulAman
masa: selepas maghrib
tujuan: ceramah israk mikraj....

moh lah kite meramaikan ceramah tu nanti ea...
lagi ramai lagi berkat...

Khamis, 9 Julai 2009

festival makan durian IPGM KAMDAR 7 julai 2009



komen

salam...

dalam dunia ini, orang suke bagi komen (konon2 nak jadi pengkritik AF x jadi lah tu)
komen ad yang jenis membina dan ada juga yang komen yang jenis menjatuhkan orang....
penah tak korang terfikir komen yang korang bagi tu, sedikit sebanyak maruah dan semangat kawan2 korang...

tidak semua komen yang korang bagi tu, boleh diterima oleh sesetengah pihak....
silap2 ad gak yang simapn dalam hati....
komen kadang2 bersifat peribadi dan tidak semestinya diterjemahkan di khalayak ramai...

komen juga dapat menjadi motivasi kepada seseorang itu, dalam menempuh kehidupan mereka sehari2.... tapi bagi yang tak dapat menerima hakikat, jalan yang salah mungkin dicari...
bahaya2....

wa nauzubillah min zalik...

Selasa, 7 Julai 2009

pindah ke luar





pelajar perempuan kolej kami kene duk kat luaq sem ney..
dlm sibuk2 carik rumah tu, ad je keje yang dyeowng perlu buat
kesian2....

kenapa ek dak2 pempuan selalu pikir pasal tempat tidoq dulu dari pikir pasal makanan?kalo lelaki mesti pikio pasal makanan kan yeop...
huuuhu
kalo bley dak pempuan nak katil sowang satu, senang diowg nak decorate katil diowg kowt..hhuhuu


forum menjana minda daripada ustaz dan ustazah pelatih daripada IPDA, IPSAH, I4P

Sabtu, 4 Julai 2009



gerai IPGM KSAH amal palestin

memang berbaloi datang ke IPGM KAMDAR.. ada kain, tudung.......


kat IPGM KAMDAR macam macam ada

khusyuk tul amek gambau kat IPGM KAMDAR (memang berbaloi)




bukan skandal.. dosa

gambar ikatan kerohanian JPP zon utara





gambar kat dalam dewan ZAA'BA.. waktu perasmian Oleh ustaz Radzi bin lebai mat

ikatan kerohanian JPP zon utara

salam,
baru jap tadi aku mghadiri persidangan ikatan kerohanian JPP zon utara di IPGM kampus Darul Aman atau nama barunya IPGM KAMDAR (MEMANG BERBALOI).....

alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...
semua IPGM pown bagus2 belaka..
bak kata member aku syadid2 belaka

tapi at least we learn something from them....

arap2 taun depan ad r ag usaha berterusan berdakwah di Jalan ALLAH ini

Selasa, 30 Jun 2009

setiap hari ialah hari ibu dan hari bapa

Kasehnya Ibu membawa ke syurga,
kasehnya ayah sepanjang masa,
berkorban jiwa raga demi anak tercinta,
namun dibalas pula dengan derhaka...
hari ibu atau bapa tidak hanya diraikan semata-mata pada bulan Mei dan Jun sahaja
bahkan setiap hari adalah hari ibu dan hari bapa.
kadang2 seorang ibu boleh jaga 13 orang anak2
tapi 13 orang anak xleh jaga seorang ibu dikala tua.
dihantarnya ke rumah orang tua2 dan dibiarkan sahaja.

anak sembilang ditapak tangan,
sayang selasih hamba lurutkan,
buang kekasih buang kengkawan,
kerana emak hamba turutkan.

Ahad, 28 Jun 2009

salam.


Bila seronok, aku cari.
...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?

bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


"Jika kamu menyayangi ibumu, bahagiakan lah mereka SEKARANG...

cepat jangan tunggu Sampai ESOK!!!

Sabtu, 27 Jun 2009

IPGM kampus Darul aman style universiti

IPDA dah serupa dah macam universiti.. dah bukan macam skula ag... skang nie dah xde kelas tetap...kami sume kene pi cari bilik kuliah yang pensyarah mengajar...
terpaksa lah kenali ipda ag sekali...
huhuhu
tapi pengalaman barulah..selama nie suke je dok kat bilik sendiri tapi skang kene lah pantas skit, coz nak kejar masa dan xtau kelas kat ner..hehehe

Jumaat, 26 Jun 2009

kembali ke IPGM kampus DarulAman

salam berkat,
exam abeh dah..tenet plak xde so jarang r bukak blog aku ney....
act, ak ngah bedebar-debar nak tunggu result...
sem ney kiteowg dah takde kelas dah..
dah ikut macam univsty lah pulak....
kene jalan2 g ke kuliah..
satu pengalaman baru wat aku.

Selasa, 12 Mei 2009

exam bakal menjelang

salamat barakat..macam citer m..rajoli daaa... 20-26 mei nanti exam dah nak muler..aik takut tul...hehehe....

doakan aku lah erk....hehehe....

aku arap-arap lah aku pass for this exam

Jumaat, 1 Mei 2009

kisah daripada halaqah...jadikan iktibar yerk

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI
fitrah
www.halaqah.net
Editor:PenaHalaqah

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu
nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas
sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil
memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput
yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh
menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh
petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi
kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak
lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita
sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan
perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat
perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita
jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.

konvo dan assgment++ujian akhir kursus(UAK)

salam wat semua pemirsa ku..heheheh.....

minggu ney memang sibuk sangat coz IPDA wat majlis konvokesyen n aku terlibat sekali, wat haris, thanx 4 leaving a comment 4 me..hehehe..then ada asgment yang susah gler kene antar minggu ney gak..bahan untuk assgment tu dah tak wujud kat malaysia ney lagi...macam mane nak wat ek......

then ad ujian akhir kursus ELP, TITAS, ngan Gerko..

ahhhhh..pening den ney..xdapek nak nolongnye..hehehe

Selasa, 7 April 2009



ambil semangat guru besau sekolah rendah..huhuhu

masih lagi di gua wang burma

perjalanan kami untuk ke gua wang burma memerlukan kami mendaki sejauh 2 km jauhnya....
skemanye aku!!!!! denai yang mengubungkan resort kami ke gua wang burma satu memang mencabar...naseb bek ade pak non, dalam perjalanan tu, dye menerangkan khasiat dan racun sesetengah tumbuhan.... kami dapat melihat pokok tongkat ali hutan yang panjangnya memang panjang. kami juga makan ulam cemumar yang rasenye macam sarsi tapi pastu, siapa yang makan gerenti kentut3333333x memanjang....... kami juga dapat melihat kesan tebangan pokok yang digunakan untuk menjadi pati minyak wangi...pokok itu ditinggalkan untuk tempoh setahun dan kemudian baru diambil kulitnya dijadikan pati minyak wangi...

Isnin, 6 April 2009

kebesaran Allah di gua wang burma



jika anda perhatiakn baik-baik anda akan dapat lihat figura orang dedang megangkat takbir

antara gambar di wang burma

rehla murabi di wang burma perlis

minggu lepas 3 & 4 april, kami sekelas telah meghabiskan cuti hujung minggu di gua wang burma perlis..gua tu memang cantik... trek nak ke gua tu sangat mencabar dan berliku, namun dibantu oleh pak non kami redah juga hutan belantara itu dan dapat menjejakkan kaki di gua wang burma bersama-sama pengarah ipda

rehla murabi di wang burma perlis



gambar ini kami ambil sewaktu kami p rehla murabi d wang burma... salah sebua gua bawah tercantik di asia... memang cantik

Ahad, 1 Februari 2009

kenangan PPISMP



masa masak bubuq lambuk di taman siswa

petua-petua oarang tua-tua



gambar ujikaji kami dalam kelas kemahiran emosi

dapatkan segara petua kesihatan dari orang-orang tua di kampung anda dan kongsikan bersama kami di blog ini......

petua dahi berkedut

tepekkan asam jawa di dahi, amalkan selalu...ia dapat menyejukkan dahi dan menegangkan kedutan......

Sabtu, 31 Januari 2009

cuti raya cina

salam..raya cina arituh aku xdapat balik kampung..so aku duk ar kat asrama dan wat r sumtin' yang berfaedah r jugak iaitu g jalan2 ke perlis...jalan-jalan cari pasal...huhuhu...

Isnin, 26 Januari 2009

safe gaza

akhir bulan januari, Kumpulan pelajar cemerlang yang baru masuk ke IPGM kampus darul Aman telah mengadakan kempen selamatkan palestin dan mereka mendapat kerjasama GIM....

kempen yang sangat memberansangkan itu mendapat kerjasama banyak pihak, kerna sesi pagi kelas pismp bahasa arab, ppismp pengajian agama dan pismp pengajian agama turut menjayakan dengan mengadakan ceramah perdana

tahun baru buku baru

salam sejahtera, Assalamualaikum...... tahun 1430 hijrah telah pun mampir kepada kita..namun apakah tindakan yang wajar kita ambil dalam menyambut tahun hijrah ini... jika tahun baru kita hiasi dengan konsert2 lagha..apa salahnya malam tahun baru hijrah kita hiasi dengan bacaan awl dan akhir tahun... kalau ingin kan konserto, maka jemput lah artis2 nasyid untuk menyampaikan lagu-lagu mereka...

aiman dengan dusta berkalang, hafiz hamidun last breath/ kesaktian cinta, kumpulan algebra pulak dengan lagu yang ditulis oleh mantan mufti perlis...

kan lebih bermakan jika awal muharram itu disambut semeriah persis new year yang dibanggakankan oleh rakyat presiden Barack Obama dan Perdana menteri Gordon Brown??????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...