Selasa, 30 Jun 2009

setiap hari ialah hari ibu dan hari bapa

Kasehnya Ibu membawa ke syurga,
kasehnya ayah sepanjang masa,
berkorban jiwa raga demi anak tercinta,
namun dibalas pula dengan derhaka...
hari ibu atau bapa tidak hanya diraikan semata-mata pada bulan Mei dan Jun sahaja
bahkan setiap hari adalah hari ibu dan hari bapa.
kadang2 seorang ibu boleh jaga 13 orang anak2
tapi 13 orang anak xleh jaga seorang ibu dikala tua.
dihantarnya ke rumah orang tua2 dan dibiarkan sahaja.

anak sembilang ditapak tangan,
sayang selasih hamba lurutkan,
buang kekasih buang kengkawan,
kerana emak hamba turutkan.

Ahad, 28 Jun 2009

salam.


Bila seronok, aku cari.
...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?

bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


"Jika kamu menyayangi ibumu, bahagiakan lah mereka SEKARANG...

cepat jangan tunggu Sampai ESOK!!!

Sabtu, 27 Jun 2009

IPGM kampus Darul aman style universiti

IPDA dah serupa dah macam universiti.. dah bukan macam skula ag... skang nie dah xde kelas tetap...kami sume kene pi cari bilik kuliah yang pensyarah mengajar...
terpaksa lah kenali ipda ag sekali...
huhuhu
tapi pengalaman barulah..selama nie suke je dok kat bilik sendiri tapi skang kene lah pantas skit, coz nak kejar masa dan xtau kelas kat ner..hehehe

Jumaat, 26 Jun 2009

kembali ke IPGM kampus DarulAman

salam berkat,
exam abeh dah..tenet plak xde so jarang r bukak blog aku ney....
act, ak ngah bedebar-debar nak tunggu result...
sem ney kiteowg dah takde kelas dah..
dah ikut macam univsty lah pulak....
kene jalan2 g ke kuliah..
satu pengalaman baru wat aku.

Selasa, 12 Mei 2009

exam bakal menjelang

salamat barakat..macam citer m..rajoli daaa... 20-26 mei nanti exam dah nak muler..aik takut tul...hehehe....

doakan aku lah erk....hehehe....

aku arap-arap lah aku pass for this exam

Jumaat, 1 Mei 2009

kisah daripada halaqah...jadikan iktibar yerk

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI
fitrah
www.halaqah.net
Editor:PenaHalaqah

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu
nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas
sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil
memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput
yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh
menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh
petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi
kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak
lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita
sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan
perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat
perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita
jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.

konvo dan assgment++ujian akhir kursus(UAK)

salam wat semua pemirsa ku..heheheh.....

minggu ney memang sibuk sangat coz IPDA wat majlis konvokesyen n aku terlibat sekali, wat haris, thanx 4 leaving a comment 4 me..hehehe..then ada asgment yang susah gler kene antar minggu ney gak..bahan untuk assgment tu dah tak wujud kat malaysia ney lagi...macam mane nak wat ek......

then ad ujian akhir kursus ELP, TITAS, ngan Gerko..

ahhhhh..pening den ney..xdapek nak nolongnye..hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...