Sabtu, 6 Mac 2010

kelantan AlHamra

minggu ney aq dan rakan-rakan membuat pengalaman berasaskan sekolah di kelantan. lebih tepat lagi SK bachok.. kami sume tido kat umah anep di bachok..baru dua hari kami di sini..alhamdulillah semua berjalan lancar..aq dapat beli baju batik murah kat mydin mall kubang kerian..sukanya..itu lah yang aq carik kat kelantan ney..barang murah..hehe
insyaAlah kami nak pi rantau panjang pulak pas nie..huhu..

kelantan bersih 2010..tahun ney kelantan akan mencaai tema kelantan bersih 2010.aq harap tuk guru mampu mencapai tujuan tu..huhu
inSyaAllah..huhu

Sabtu, 27 Februari 2010

maulidur rasul bukan sekadar perarakan


12 rabiul awal 1431h, 26 februari 2010..majlis sambutan maulidur rasul peringkat kebangsaan di adakan di masjid putra, putrajaya. tanggal 12 rabiul awal bukan lah tarikh picisan yang kita boleh ambil sambil lewa, tetapi sedar kah anda, itulah tarikh kelahiran insan junjungan yang terpilih..baginda sangat sabar dan taat dalam menyebarkan syiar Islam sehingga kan Islam berjaya menguasai 2/3 dunia pada ketika itu..
Allahu Alhbar...

Isnin, 1 Februari 2010

takziah wat allahyarham Asyraf bin Ariffin

pada hari khamis 29januari 2010, Allahyarham Asyraf Ariffin pelajara jurusan bahasa Arab IPG kampus DarulAman telah kembali mengadap Tuhan sekalian Alam. saya sebagai junior beliau berasa terkesan kerana beliau mendapat sakaratul maut yang amat dipermudahkan oleh Allah.

dalam pandangan saya, arwah sangat baik dengan rakan-rakan..saya pernah terlihat arwah menolong pengali kubur untuk menggali kubur dan membantu orang kampung memasukkan jenazah ke dalam kubur dua minggu sebelum beliau menghadap Allah. arwah sangt peramah dengan kami semua. seminggu sebelum arwah pergi, dia sudah memberikan petanda yang beliau akan dijemput ilahi...

mari lah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan arwah di alam sana, kita yang masih hidup harus meneruskan perjalanan semoga mendapat barakah daripada Allah.

Isnin, 4 Januari 2010

Tahun Baru Azam Baru...entri baru

2010....kebiasaan manusia tahun baru datang nya azam baru..serba serbi baru..tahun 2010 juga mengikut pandangan pemantau ekonomi global, merupakan tahun yang sukar..beringatlah sebelum terkena...kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum terkena..sekurang-kurangnya fikirkan lah untuk keluarga kita.. berjimatlah dalam berbelanja.."ikut hati nanti mati"

awal 2010 juga disambut dangan berita kemalangan jalan raya yang semakin meningkat.. entah bila lah mentaliti masyarakat berjaya diubah..janganlah pentingkan diri sendiri.. di atas jalan raya, terdapat beribu-ribu pengguna jalan raya, bertimbang rasa lah terhadap yang lain..

baru beberapa hari 2009 meninggalkan kita, namun segala yang terjadi pada tahun berkenaan jangan pula dilupa terus, yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan..bagi aku sendiri, 2009 mempunyai signifikan tersendiri...kembara kelas kami diteruskan dengan perjalanan ke ulu sedim dan perak sangat memberikan momen yang tersemat di hati..

tahun baru juga memberikan inspirasi kerana ketua kelas pun baru..huhu..
semoga Fath-hi dapat jalankan tugas dia..heheh...aku dengar macam-macam perancang yang dia nak laksanakan semester ni..kita nanti kan je lah..huhu
apa-apa pun ganbate kudasai fath-hi san...

aku yang menulis,
pangeran iqran...

Khamis, 22 Oktober 2009

moral anak-anak malaysia!!

syawal telah pun beberapa hari meninggalkan umat islam...namun kehangatannya masih dirasai oleh sesetengah orang.. dalam kemeriahan umat islam menyambut hari lebaran, sering saja kita terlihat di dada akhbar pelbagai kes jenayah yang berlaku acap kali.. ocehan ku ini bukan lah ingin menempelak mana2 pihak namun sebagai manusia, kita dituntut dalam agama supaya berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan lah dengan kesabaran. ragut, rempit, rogol dll semuanya trjadi disebabkan masalah keruntuhan moral anak-anak kita zaman sekarang.

masalah moral bukan sahaja menjadi titik tolak kepada kepincangan negara tetapi juga masalah kepada keluarga bahagia. semalam aku baru sahaja menonton program 360 di tv3.. isu yang dibentangkan ialah masalah hidu gam di kalangan pelajar sekolah. memang tidak dinafikan masalah ini melibatkan penglibatan semua pihak.. perngaruh rakan sebaya mendorong kepada masalah ini. acapkali aku terlihat anak-anak malaysia ini mengidu gam dan kemudian lalok di jalanan.. terkadang ingin sekali aku menegur mereka dan menyapa, namun padangan masyarakat membuatkan aku berfikir kedua kalinya.

masyarakat acapkali memang serong kepada mereka namun tidak pula menghulurkan tangan membantu..apakandaya aku hanyalah insan biasa yang petah menulis di dalam blog sahaja.. kalau masyarakat bisa mengubah persepsi mereka aku yakin malaysia bisa membendung masalah moral anak-anak in. perhatikanlah anak-anak jiran anda, layan lah mereka seperti mana anda menjagai anak anda...

Khamis, 1 Oktober 2009

sri langkasuka Vs Sala Classic




kembali ke IPGM KamDA, rakan sekelas aku mengajakku beraya di sekitar Aloq Staq. bukannya beraya di rumah pensyarah, tapi g menghabiskan duit di restoran Seafood...
raya ke-8 aku p restoran Sala Classic di jalan pendang-butterworth...
kami makan siakap tiga rasa, sayur kangkung belacan, sotong tepong, tomyam campur dan teluq dadar untuk 5 orang makan...

manakala raya ke 10 aku g restoran Sri Langkasuka di tempat yang sama.
tapi aku makan mee sup je..
jaga badan
hahaa

Khamis, 10 September 2009

Sejam pertama pasti rasa geram dan marah dengan pendekatan Islam yang di bawa cerita ini.Rasa nak bakar filem ni kalau boleh.Seperti menghina Islam.Tapi tunggu sehingga cerita ini berakhir.Sebuah karya adaptasi novel dengan tajuk yang sama daripada penulis Abeedah el Khaleeqi.

Cerita bermula dengan Anissa(Revalina S.Temat ‘Bawang Putih’) menunggang kuda dengan bertudung dan menutup mulutnya ditutup serban.Ibunya(Widyawati,isteri Allahyarham Sophan Sophian) memanggil-manggil namanya.Kemudian anda diimbas ke zaman kanak-kanak Anissa yang memberontak kenapa tidak boleh berkuda atau menjadi ketua darjah.Anissa selalu bertelingkah dengan bapanya seorang kiyai di pesantren(madrasah barangkali) kerana kedua abangnya dibenarkan berkuda dan sebagainya.Dia di ajar bahawa wanita tidak boleh menjadi pemimpin atau ke luar negeri.Hanya Khudori yang selalu mendengar luahannya.Khudori akan melanjutkan pelajaran ke Kaherah.Masa berlalu,setiap kali Anissa menulis surat,Khudori tidak pernah membalas dan memadamkan rasa cintanya.Setelah remaja Anissa diajar pula bahawa kuasa perkahwinan hanya di atas lelaki.Contoh:akan dilaknat si isteri jika tidak menunaikan ‘hajat’ suaminya.Ini menambahkan pemberontakan Anissa.

Anissa berhajat untuk melanjutkan pengajian ke Yogjakarta atau Kaherah.Akhirnya dia mendapat biasiswa ke Yogjakarta.Malangnya bapanya tidak membenarkan kecuali Anissa bertemankan muhrim yakni bernikah.Maka Anissa dinikahkan dengan Samsuddin,seorang anak kiyai di pesantren yang lain.Samsuddin digambarkan seorang suami yang asyik melaknat isteri jika tidak melayannya.

Beberapa-berapa adegan menyebabkan aku hampir tidak meneruskan tontonan.Termasuk adegan Samsuddin memaksa Anissa melayannya ketika dia sedang berwuduk dan azan sedang berbunyi.Begitu juga adegan Samsuddin memaksa madu Anissa untuk melayannya ketika sarat mengandung.Rasa memang gila filem ini kerana menggambarkan Islam sezalim itu.

Khudori pulang dari Kaherah.Anissa menemui Khudori untuk meluahkan rasa penderitaannya.Di sini Anissa digambarkan hampir-hampir melanggar batas agama Islam seperti hilang sabar sehingga dipujuk Khudori.Pertemuan Khudori dengan Anissa menimbulkan fitnah Samsuddin dan kuncu-kuncunya dengan mengatakan mereka berzina.Orang-orang di pesantren merejam mereka dengan batu.Masa ni pun aku marah dengan hukum Hudud yang main redah aje.Akibatnya bapa Anissa meninggal dunia dan pesantren itu dijaga oleh kedua abang Anissa.

Pandangan aku yang jijik dengan filem ini berubah apabila Samsuddin menceraikan Anissa dan Anissa berkahwin dengan Khudori.Manis sangat kasih sayang yang ditunjukkan Khudori seperti memanggil Anissa ‘isteriku yang cantik jelita’.Mengikut contoh Nabi Muhammad S.A.W yang memberi panggilan manja Ya Umairah kepada Siti Aishah R.A.Malah Khudori mengikut sunnah nabi yang memicit hidung isterinya ketika marah.Membantu isteri di dapur dan sangat sabar menanti Anissa melayaninya(kerana Anissa masih fobia dengan keganasan Samsuddin).

Anissa di uji Allah S.W.T apabila Khudori meninggal dunia kerana dilanggar kereta Samsuddin.Tinggal Anissa bersama anak lelakinya bersama Khudori.Di sini adegan menunggang kuda yang pertama cerita tadi dikembalikan.Anissa meneruskan perjuangannya dengan membekalkan buku-buku moden yang diharamkan pesantren kepada pelajar.Pelajar-pelajar di pesantren hanya dibenarkan membaca Al-Quran dan hadis.Bukan karya-karya sastera yang bisa mengalihkan perhatian.Anissa menekankan bahawa Islam memberi kebebasan dan hak yang istimewa kepada wanita selagi tidak melampaui batas-batas norma yang sebenar.Pengakhiran cerita ini diteruskan dengan Anissa bersama anaknya meneruskan perjuangan di pesantren itu.

Cerita ini menimbulkan kontroversi di Indonesia apabila Mejelis Ulama Indonesia mengaggap cerita ini memberi tentangan kepada penghidupan di pesantren.Untuk gambaran,suasana di pesantren di dalam cerita ini tak ubah seperti markas Al-Arqam di Malaysia.Aku tak berani nak komen.

Tapi yang aku faham cerita ini menggambarkan penindasan wanita apabila terdapat segelintir golongan lelaki yang menggunakan alas an Al-Quran dan hadis untuk memperhambakan kaum wanita.Sedangkan kita sedia maklum yang Islam meletakkan wanita di tangga tertinggi terutama ibu.Malah sebelum kedatangan Islam,puak musyirikin menanam hidup-hidup anak perempuan mereka(seperti yang disesali Saidina Umar Al-Khatab R.A).Khudori melambangkan lelaki Islam apabila meletakkan wanita untuk dikasihi.Wanita dijadikan daripada tulung rusuk kiri lelaki,dekat di hati untuk disayangi.Tidak daripada kepala untuk memimpin lelaki atau di kaki untuk dipijak lelaki.Itu nilai seorang wanita di mata Islam.

Lagu tema cerita ini dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza.

Keseluruhan cerita menyemakkan tapi memuaskan dan anda bisa tersenyum di akhirnya.

ini aku ambil dari nukilan blogger B.I.D.A.S.A.R.I
cume aku nak nasihat kat kita supaya pilih hiburan yang MENDIDIK JIWA.
kadang-kadang orentalis memang mudh nak pesongkan aqidah kita

sebagai contoh, sinetron Assalamualaikum Cinta
watak utamanya dibenarkan tidur sekatil walaupun bukan muhrim dengan alasan kehadiran nenek yang kononnya sedang solat tahhajud
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...