SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM
Ertinya:
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa di seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di laut, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (H.R. Abu Daud)
Keterangan
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, mengambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil nanti tak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt.
Kita berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
INGATLAH!! MATI ITU PASTI, HIDUP INSYAALLAH
Sabtu, 24 Julai 2010
pertemuan roh pada malam jumaat dan hari jumaat

telah berbicara Khalid bun khidasy, berbicara kepadaku ja'far bin sulaiman, daripada Abu Tayyah, katanya : Mutarrif sentiasa keluar bersiar-siar dan apabila tiba hari JUMAAT, dia akan bersiar-siar sampai ke pagi hari. Kata pencerita itu, aku mendengar Abu Tayyah berkata: aku mendapat tahu bahawa si Mutarrif itu memegang kayu pacunya yang keluar cahaya dari hujungnya, dia berjalan malam di atas kudanya hingga sampai ke kuburan, lalu dia melihat sekalian penghuni kuburan itu telah bangun dari kubur, masing-masing sedang duduk di kubur masing-masing lalu mereka berkata, ini dia si mutarrif telah datang pada hari jumaat! maka si pencerita itu berkata kepada penghuni kubur: apakah kamu tahu hari ini hari jumaat? jawab mereka : ya kami tahu menerusi apa yang dikatakan oleh burung-burung! kataku : apa yang dikatakannya? mereka menjawab : salam!..salam!..
diambil dari kitab Roh:ibnu Qayyim
Labels:
tazkirah
Ahad, 18 Julai 2010
pErGiNya SeOrang PembiNa NegaRa BaNgSa

sekadar hiasan
بسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
daripada Allah kita datang, kepada Allah juga tempat kita kembali...
usai aq kembali daripada menziarahi jenazah rakan seperjuangan, Muhammad shafaruddin di rumahnya taman sepadu, tasik gelugor, pulau pinang.aq kembali menghadap kotak hikmat ini, mencari kekuatan untuk mengisi petang yang kini disimbahi dengan hujan seolah-olah meratapi pemergiannya.
alhamdulillah, sempat aq melihat arwah sebelum disolatkan di masjid tasek gelugor. tenang sahaja muka arwah, tidak melihatkan sebarang kesakitan..masyaAllah, ramai yang datang menziarahi arwah sehingga saf-saf untuk solat jenazah penuh dengan kehadiran rakan taulan dan jiran-jiran.
arwah din, walaupun tidak satu kelas dengan aq, namun kami semua kenal dye kerana beliau mudah tersenyum dan suka menyakat rakan-rakan. secara peribadi aq selesa berkawan dengan arwah. arwah baik ngn rakan-rakan, selalu jugak aq menumpang menonton tv di bilik arwah. terutamanya masa kejohanan piala thomas dan uber. dan kadang kala berjumapa dengan arwah semasa makan di kedai mak cik di food court tanah merah jitra..
kali terakhir aq berjumpa dengan arwah minggu lepas, di kedai mak cik. kami berbual mengenai kesihatan dye, dan kenapa dye xmasuk ke IJN cawangan utara. aq nampak dye seperti biasa ja, xmacam orang sakit teruk, tapi apakan daya, Allah lebih menyayangi dia daripada kita semua.
hayati lah
Rabbani
Pergi Tak Kembali
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Labels:
pergi tak kembali
Khamis, 15 Julai 2010
kad hari guru terbesar MALAYSIA
assalamualaikum..aq baru balik daripada majlis pengukuran kad hari guru terbesar MALAYSIA..berbekalkan 1200 mounting board, kad berukuran 30x15meter (mungkin kot) hehe mampu mengalahkan kad terbesar sebelumnya yang dihasilkan oleh pelajar victoria institution kat kay el sana tu..hehe..acara dimulakan dengan dimik pelancaran seperti yang tertera di dalam gambar

kad ditutp dengan kain perca pelbagai warna (nak bagi saspen je)
kemudian setelah YDP JPP IPG kampus darulaman selesai memberi ucapan maka kain perca semuanya ditarik bersama-sama seiring dengan lagu latar..

nampak saspen kan..haha, kira gimik menjadilah hehe
pastu, majlis diserikan dengan alunan lagu gemilang, guru pembina negara bangsa, standing in the eyes of the world, dan satu malaysia. majlis diteruskan dengan mempersila wakil Malaysia Book of Record mengukur kad terbesar ipda, setelah disahkan majlis disambung dengan tarian satu malaysia, bacaan sajak satu malaysia dan diakhiri dengan irama nasyid padang pasir yang dipimpin oleh aizzad (royalti kasi lebih aizzad) hahaa...kowg mesti nak tengok kad tu kan...ok aq tunjukkan ok..huuhu

ada lagi gambarnya..hehe

amacam, best tak kad terbesar kiteowg..hehe..yang penting semangat perpaduan telah berjaya diterjemahkan dalam kad ini...dan yang paling penting sekali...
KOWANG ADA?? KITEOWG ADA KAD TERBESAR...HEHE

kad ditutp dengan kain perca pelbagai warna (nak bagi saspen je)
kemudian setelah YDP JPP IPG kampus darulaman selesai memberi ucapan maka kain perca semuanya ditarik bersama-sama seiring dengan lagu latar..

nampak saspen kan..haha, kira gimik menjadilah hehe
pastu, majlis diserikan dengan alunan lagu gemilang, guru pembina negara bangsa, standing in the eyes of the world, dan satu malaysia. majlis diteruskan dengan mempersila wakil Malaysia Book of Record mengukur kad terbesar ipda, setelah disahkan majlis disambung dengan tarian satu malaysia, bacaan sajak satu malaysia dan diakhiri dengan irama nasyid padang pasir yang dipimpin oleh aizzad (royalti kasi lebih aizzad) hahaa...kowg mesti nak tengok kad tu kan...ok aq tunjukkan ok..huuhu

ada lagi gambarnya..hehe

amacam, best tak kad terbesar kiteowg..hehe..yang penting semangat perpaduan telah berjaya diterjemahkan dalam kad ini...dan yang paling penting sekali...
KOWANG ADA?? KITEOWG ADA KAD TERBESAR...HEHE
Labels:
malaysia book of record
NAMA BARU, WAJAH BARU
alhamdulillah, sekarang dah masuk waktu tido, 12.35 pagi..jap lagi, pukul 8.00pagi ada majlis pengukuran kad hari guru terbesar malaysia books of record..jangan lupa tengok tv 1 atau tv3 malam esok..hehe..btw bukan tu yang aq nak sampaikan pagi ney..cuma nak kongsi nama baru dan wajah baru blog aq...
saja ja aq pilih nama 'SECEBIS TINTA BUATMU', coz dah lama rasanya aq guna nama 'TINTA SANG TUNA NETRA' nama tu memang klasik buat aq (dah dau taun kot guna nama tu) heheh.. actualy member aq yang bagi nama tu, bila aq mula nak berjinak-jinak dalam dunia blog ini. tapi sekarang aq dah sedia nak gunakan nama baru bagi menarik ramai lagi pengunjung blog ini.. cewah, dah macam ahli politik memancing undi pulak..haha
aq sengaja tukar gambaq dan template ini, tujuan aq bagi menarik lagi minat rakan-rakan blogging membaca kisah cerita aq..hehe..(koya tol malam ney). walaubagaimana pun, konsep blog aq tetap sama iaitu aq menulis tentang kehidupan seharian aq sahaja, dan mungkin sedikit laman nasihat mahupun hiburan (terutamanya korea dan jepun) semoga kowg suma enjoy membaca kisah nukilan aq walaupun tidak sehebat harisu sama ataupun lakaran sahrahwi ataupun afiq..hehe...
お試しください。dan 幸せな読書
saja ja aq pilih nama 'SECEBIS TINTA BUATMU', coz dah lama rasanya aq guna nama 'TINTA SANG TUNA NETRA' nama tu memang klasik buat aq (dah dau taun kot guna nama tu) heheh.. actualy member aq yang bagi nama tu, bila aq mula nak berjinak-jinak dalam dunia blog ini. tapi sekarang aq dah sedia nak gunakan nama baru bagi menarik ramai lagi pengunjung blog ini.. cewah, dah macam ahli politik memancing undi pulak..haha
aq sengaja tukar gambaq dan template ini, tujuan aq bagi menarik lagi minat rakan-rakan blogging membaca kisah cerita aq..hehe..(koya tol malam ney). walaubagaimana pun, konsep blog aq tetap sama iaitu aq menulis tentang kehidupan seharian aq sahaja, dan mungkin sedikit laman nasihat mahupun hiburan (terutamanya korea dan jepun) semoga kowg suma enjoy membaca kisah nukilan aq walaupun tidak sehebat harisu sama ataupun lakaran sahrahwi ataupun afiq..hehe...
お試しください。dan 幸せな読書
Labels:
nama
Sabtu, 10 Julai 2010
pantun melaka maju 2010


pagi tadi aq duk leka mencari nota dalam kotak buku, sejak pindah ke rumah sewa ney, tak sempat nak mengemaskan buku-buku yang ada dalam kotak tu. Tengah leka mencari nota-nota lama, aq terjumpa buku catatan 2007 aq.. macam-macam kenangan yang aq singkap bila buka buku tu. ada novel tulisan aq dan juga pantun yang aq reka selepas aq abeh SPM. tapi hari ini aq nak tuliskan pantun melaka maju 2010 yang aq karang 3taon lepas. season seyh pantun ney..huhu
menjahit kain tepian buluh
sambil berkata petua nyonya
melaka maju 2010
bersama kita mencapai hasratnya
berani belaka berkata kaya
sulaman padat batu suasa
simfoni melaka sejuta budaya
cantuman adat pelbagai bangsa
Labels:
pantun
Jumaat, 9 Julai 2010
sekali kurebah, sejuta kali kubangkit

sinopsis cinta sufi
Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.
Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin? Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan...banyak lagilah.
pandangan aq
aq baru je baca separuh novel ini, dan pandangan aq bagi separuh jalan cerita ini ialah superb..mantap beb...huhu, aq masih tertanya-tanya, siapakah maryam itu..namun akan terjawab tak lama lagi insyaAllah
Labels:
cinta sufi,
ramlee awang murshid
Langgan:
Catatan (Atom)