Ahad, 18 Julai 2010

pErGiNya SeOrang PembiNa NegaRa BaNgSa


sekadar hiasan

بسم الله الرحمن الرحيم

dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

daripada Allah kita datang, kepada Allah juga tempat kita kembali...

usai aq kembali daripada menziarahi jenazah rakan seperjuangan, Muhammad shafaruddin di rumahnya taman sepadu, tasik gelugor, pulau pinang.aq kembali menghadap kotak hikmat ini, mencari kekuatan untuk mengisi petang yang kini disimbahi dengan hujan seolah-olah meratapi pemergiannya.

alhamdulillah, sempat aq melihat arwah sebelum disolatkan di masjid tasek gelugor. tenang sahaja muka arwah, tidak melihatkan sebarang kesakitan..masyaAllah, ramai yang datang menziarahi arwah sehingga saf-saf untuk solat jenazah penuh dengan kehadiran rakan taulan dan jiran-jiran.

arwah din, walaupun tidak satu kelas dengan aq, namun kami semua kenal dye kerana beliau mudah tersenyum dan suka menyakat rakan-rakan. secara peribadi aq selesa berkawan dengan arwah. arwah baik ngn rakan-rakan, selalu jugak aq menumpang menonton tv di bilik arwah. terutamanya masa kejohanan piala thomas dan uber. dan kadang kala berjumapa dengan arwah semasa makan di kedai mak cik di food court tanah merah jitra..

kali terakhir aq berjumpa dengan arwah minggu lepas, di kedai mak cik. kami berbual mengenai kesihatan dye, dan kenapa dye xmasuk ke IJN cawangan utara. aq nampak dye seperti biasa ja, xmacam orang sakit teruk, tapi apakan daya, Allah lebih menyayangi dia daripada kita semua.

hayati lah

Rabbani

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...