Khamis, 29 April 2010

konvokesyen IPG kampus Darul Aman



datuk Asariah

majlis konvokesyen ke 19 IPG kampus Darul Aman, jitra kedah berlansung dengan jayanya dengan kehadiran datuk Asariah, beliau pernah datang merasmikan majlis konvokesyen ipda tahun 2008 kalau tak silap..overall semuanya berjalan lancar. seronok lihat telatah budak-budak kecik semasa bermain kat dataran kawad tu.. situasi di kawasan parking pensyarah pulak di'banjiri' dengan budak-budak IPDA..ada gerai baju, gerai komputer, gerai makanan. dan yg paling aq suka sekali gerai perkahwinan satu malaysia.banyak yang aq belajar pasal perkahwinan tu..huhu..seronok.lain kali buat r grand-grand..lagi menarik buat di pusat kegiatan pelajar..barulah dapat sambutan meriah daripada pelajar dan pelawat-pelawat...
huhu...

Selasa, 27 April 2010

jewel in the palace...citer favt aq masa sekolah menengah..haha




Jewel In The Palace adalah kisah benar tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Xu Jang Geum yang berasal dari kelas pertengahan tapi merupakan seorang yang amat pintar, cekal hati dan tak pernah mengenal erti putus asa dalam apa keadaan sekali pun. Sebelum dia lahir, dia telah ditakdirkan menjadi penyebab kematian ibubapanya tapi juga akan menjadi penyelamat kepada banyak orang. Demi membela kematian ibunya, dia telah memasuki istana pada usia 10 tahun dan seperti ditakdirkan dia menjadi anak didik kepada kawan baik ibunya sendiri iaitu Puan Han. Semasa dalam usaha membantu kawannya Choi Jin Ying dia sempat menyelamatkan seorang lelaki iaitu Min Jio Ho di mana merupakan lelaki yang dicintai dalam diam oleh kawannya ini. Di saat dia baru mengetahui Puan Han adalah kawan baik ibunya, mereka berdua telah difitnah oleh Keluarga Choi sehingga menyebabkan kematian Puan Han semasa di dalam perjalanan ke Pulau Jeju kerana dihukum menjadi hamba abdi. Di Pulau Jeju cinta telah berputik di antara Chang Jin dan Jio Ho, pada ketika itu juga Chang Jin telah belajar menjadi tabib perempuan kerana itulah satu-satunya jalan untuk dia kembali ke istana semula. Di istana Chang Jin bergabung tenaga dengan Jio Ho untuk menghapuskan kuasa jahat yang semakin berleluasa. Chang Jin telah banyak menyelamatkan nyawa orang termasuklah Maharani Balu, Maharaja dan Permaisuri sendiri. Kebaikan dan kecekalan Chang Jin telah menambat hati Maharaja sehingga dia hampir menjadi gundik Raja tapi akhirnya telah menukarkan fikiran dengan menjadikan Chang Jin sebagai Tabib Diraja merangkap Pakar Pemakanan kepada Maharaja. Chang Jin juga telah dianugerahkan gelaran Dae Jang Geum atau Yang Mulia Jang Geum yang hanya boleh dipakai oleh Chang Jin seorang. Sejarah Zaman Pemerintahan Chosun telah terukir kerana Chang Jin merupakan wanita pertama yang memegang jawatan penting dalam istana dimana ianya hanya boleh dipegang oleh lelaki sahaja.
Pelakon

Lee Young-Ae (Dae Jang Guem/Xu Jang Guem/ChangJin)
Ji Jin Hee (Min Jing Ho/Min Jio Ho/Pegawai Min)
Hong Li-Na (Choi Guem Young/Choi Jing Yin)
Im Ho (Raja Jung Jong/Maharaja)
Yang Mi-gyeong(Puan Han/Han Ae Jong)
Gyeon Mi-ri (Puan Choi Seung Guem)

drama ini memang aq follow sejak dulu aq, dan drama ini lah yang membuatkan aq suke ngn korea..winter sonata aq xfollow sgt, purity tgk gak r..huhu. tapi jewel in the palace memang terbaik dan berbaloi untuk ditonton..huhu

9 nyawa by ramlee awang murshid




Sinopsis : SEMBILAN NYAWA


INTAN SURYANI

Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula...menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah 'nyawa' yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya...ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.


HAKIM

Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN..mata hatinya lebih 'celik'. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua...di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul-mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

padangan aku.

novel RAM memang xpernah mengecewakan aq selama ini..xsabaq nak tunggu citer cinta sufi yang akan menjengah xlama aq..huhu..watak HAKIM dan INTAN memang lain, tetapi agaknya abang RAM memang suka nama yani kat belakang, dalam bagaikan puteri pun ada nama haryani kalau x salah aq..cuma watak Khairil tu aku dah dapat agak dari mula dia muncul sebab memang mencurigakan..penyelesaian kepada mitos 9 nyawa tu juga kurang menjadi, serta trauma yang terjadi kepada azizah akibat deraan sanusi nampak biasa sahaja.watak sanusi tidak dikembangkan..namun idea untuk menengahkan alam transit tu memang menarik kerana itulah trademark abang RAM..
keseluruhannya memang menarik novel ini, tapi trilogi bagaikan puteri, cinta sang ratu, dan hijab sang pencinta tetap di hatiku..huhuhu


yoo seong ho dan kang so ra..

detective in 40 minutes

During fourth period, high schooler Da-jeong finds his classmate Tae-gyu dead in a classroom and Jeong-hun standing in front of him with blood on his clothes. In order to stop Jeong-hun from becoming the prime suspect, Da-jeong must help him find the real murderer, who is still inside the school building, under 40minutes before period four ends.

keluaran pada 12 november 2009..filem ney best sangat coz kowg semua akan diceritakan bagaimana sowg budak pempuan nerd tapi CUN, membantu budak lelaki genius dalam korea untuk menyelesaikan kes pembunuhan yang berlaku dalam kelas mereka pada waktu keempat..mereka ada 40minit sebelum rakan-rakan mereka balik daripada kelas PJ...overall citer ney memang suspen tapi yang x syoknya kite dah boleh detect sape pembunuhnya masa separuh masa kedua..huhu..pelakon yoo seong ho dan kang so-ra memainkan peranan dengan baik, dan setimpal dengan anugerah yang mereka raih pada tahun lepas..

Ahad, 18 April 2010

santai malam minggu (MIKHAIL)



dah berbelas-berbelas karya Ramlee awang mursyid RAM, semuanya tidak pernah mengecewakan aq, cuma aq cukup terkilan kerana novel Mikhail ney, tidak banyak menyentuh aspek ketuhanan seperti yang ditulis dalam banyak karya RAM. HATIKU DI HARAJUKU, TOMBIRUO, ADAM, MANDATORI... semuanya aq minat koz ada aspek keagamaan dalam kisah tu, sedangkan aq dapati selama ini dakwah islamiah lah yang menjadi trademark kepada RAM dalam menulis semua novel beliau...urm mungkin ada kelemahan yang dapat dibaiki bersama..insyaAllah. overall aq bagi 4 bintang untuk MIKHAIL sebab berjaya membuat aq menghabikan novel ini dalam masa tiga jam sahaja..huhu

Jumaat, 16 April 2010

10 tanda-tanda kiamat..renungkanlah..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:

1.Asap,
2.Dajjal,
3.Binatang,
4.terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
5.turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
6.Yakjuj dan Makjuj,
7.tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
8.sekali di barat dan
9.yang ketiga di Semenanjung Arab
10.yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan
menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

(H.R. Muslim)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...