Selasa, 27 April 2010

9 nyawa by ramlee awang murshid




Sinopsis : SEMBILAN NYAWA


INTAN SURYANI

Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula...menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah 'nyawa' yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya...ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.


HAKIM

Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN..mata hatinya lebih 'celik'. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua...di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul-mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

padangan aku.

novel RAM memang xpernah mengecewakan aq selama ini..xsabaq nak tunggu citer cinta sufi yang akan menjengah xlama aq..huhu..watak HAKIM dan INTAN memang lain, tetapi agaknya abang RAM memang suka nama yani kat belakang, dalam bagaikan puteri pun ada nama haryani kalau x salah aq..cuma watak Khairil tu aku dah dapat agak dari mula dia muncul sebab memang mencurigakan..penyelesaian kepada mitos 9 nyawa tu juga kurang menjadi, serta trauma yang terjadi kepada azizah akibat deraan sanusi nampak biasa sahaja.watak sanusi tidak dikembangkan..namun idea untuk menengahkan alam transit tu memang menarik kerana itulah trademark abang RAM..
keseluruhannya memang menarik novel ini, tapi trilogi bagaikan puteri, cinta sang ratu, dan hijab sang pencinta tetap di hatiku..huhuhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...