Khamis, 8 April 2010

bila korang buat aku ***** ****

alhamdulillah, hari ini aku menempuh satu lagi pengalaman baru.."emo dengan rakan sekelas"....segala perasaan tak puas hati, benci, menyampah, terSENTAP dan semua lagi mengajar aku bagaimana nak hadapi semua ini. SENTAP menyentap memang dah jadi budaya budak kelas aq..sikit2 nak emo...luahkan semuanya, jangan simpan dalam hati..kalo boleh wat lah gathering kat pantai merdeka tu duk dalam kumpulan luahkan perasaan kowg masa tu gak, jangan simpan2 dah..biar r ombak kat pantai merdeka tu bawak segala kedukaan kowg terhadap kawan2 kowg..aq menulis bukan lah sebab aku emo ke hape ke, tapi sebab dah xde jalan lain ke, asyik2 nak salahkan orang, salah sendiri xnak hengat..aku cukup bebulu ngn owg macam tu, kesian r kat kami yang asyik2 nak kene hadap masalah kowg..aku x heran lah dengan masalah tu tapi aku terjumpa adab sesama saudara ISLAM dan aq harap aku boleh ubah hidup aku menjadi lebih baik kerana SEBELUM NAK BETULKAN ORANG BETILKAN DIRI SENDIRI DULU.
jom studi adab-adab sesama ISLAM semoga kau dan aku akan sama-sama mengamalkannya.. kalau aku salah kau tegur lah ea..

Kehidupan kita manusia saling memerlukan satu sama lain. Dalam pergaulan sesama rakan seagama, Islam telah menggariskan beberapa etika atau adab yang perlu kita contohi...

1) mengucapkan salam ketika bertemu lalu berjabat tangan. Jika rakan kita terlebih dahulu memberi salam, maka wajarlah kita menjawb salamnya.

2) apabila mendengar rakan bersin, hendaklah kita mendoakan nya dengan mengucapkan "Yarhammukallah" apabila mendengar dia berkata "Alhamdullilah".

3) menziarahi rakan yang sakit dan mendoakan dia agar cepat sembuh.

4) menziarahi apabila ada kematian

5) memberi nasihat dan pandangan yang berguna apabila diminta berbuat demikian.

6) menyanyangi (mengambil berat) sesama sendiri sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri.

7) tolong menolong satu sama lain.

8) orang islam dilarang menyusahkan rakan seugama dengan sesuatu yang buruk atau boleh menyakitkan hati.

9) merendah diri dan jangan bersikap sombong.

10) jangan memutuskan silatur rahim sesama Islam lebih daripada 3 hari.

11) tidak mengejek, menghina dan memanggil orang Islam dengan nama yang hina dan jijik.

12) dilarang menipu dan memaki hamun sesama sendiri.

13) jangan iri hati, dengki atau bersangka buruk pada rakan Islam.

14) langsaikan hutang secepat mungkin dan jangan memileh kawan tanpa sebab yang tertentu.

15) cepat meminta maaf jika bersalah dan cepat juga beri kemaafan antara satu sama lain.

16) menutup aib rakan dan jangan mendengar jika ada orang memburuk2 kan rakan Islam yang lain.

17) berlaku adil dalam segenap aspek.

18) menghormati yang tua dan menyanyangi yang muda.

19) rajin memberi jika mahu sering menerima

20) sentiasa mengukir senyuman kerana ia satu sedekah.

Dengan ini, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuhkan dan memantapkan persaudaraan haruslah dipelihara dan diamalkan. Sementara segala sikap yang boleh merosakkan ukhuwah harus disingkirkan!!!!

PETIKAN DARIPADA
http://www.anakmelayu.com/blogs/blog.php?id=80280

2 ulasan:

  1. assalamualaikum
    sabar2..
    wah..bukan main mrh lagi membe sy sorg ni yer..
    biase la tu man..manusia..
    sgl mslh yg dtg tu adalah sbgai ujian drp-Nya nak uji sejauh mana kita boleh bersabar n handle mslh tu..thinks +ve ok. manusia ni ada mcm2 karenahnya...

    BalasPadam
  2. huhu, memang sabaq lah semalam..haha...nak wat camne dah nasib badan...hahaa

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...