Selasa, 17 Ogos 2010

masam manis ramadhan



Masam Manis Ramadan – (16 Episod) Setiap Isnin hingga Khamis, jam 5.30petang, mulai 16 Ogos

Siapa sangka panas hingga ke petang…Kehidupan rumahtangga yang bertahun dibina dengan harmoni bertukar menjadi porak-peranda apabila suami sendiri meminta cerai.

Walaupun perit, Suraya terpaksa meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal membesarkan anak-anak yang menjadi pendorong utama dengan berkerja sebagai pembantu dapur. Tanpa disangka, bakat memasak yang selama ini terpendam kini menjadi sumber punca pendapatannya apabila ramai yang mula menggemari hasil masakannya yang sangat enak.

Saksikan kisah suka-duka Suraya, wanita yang bersemangat cekal mengharungi apa jua cabaran kehidupan bersama anak-anaknya.

Pelakon: Sheila Rusly, Roy Azman, Finie Don, Naim Daniel, Chef Zam

aq baru tengok episode 1..mantap gak kak sheila rusli berlakon sedih..tak over cam anak cucu beton (dengar kata ada cicit betong plak) walaupun konsep drama tu biasa sahaja tapi idea gabungkan drama dan masakan memang menjadi lah.. cara sebutan sheila rusli dalam drama ney pun bagus jugak, dye pandai maen intonasi lah..hopefully drama ney dapat meningkatkan penghayatan ramadhan kita insyaAllah..mai pakat tengok naa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...