Isnin, 16 Ogos 2010

saidina Ali, pemimpin terbilang

mulia nya sifat pemimpin Islam dahulu, walaupun berkuasa tetap patuh dengan ajaran Islam, tanpa menyalahguna kuasa di tangannya..saidina Ali karamawallahu wajha... nabi pernah bersaba jika aku gedung ilmu, maka ali ialah pintunya...
kisah di bawah ini sedikit sebanyak mampu menyedarkan kita sebagai ketua keluarga mahupun jawatan yang Allah kurniakan kepada kita..

Di kisahkan bahawa suatu hari Ali bin Abi Thalib RA kehilangan baju besinya yang sangat disukainya dan amat berharga baginya. Tidak lama dari itu, dia menemui baju besinya berada di tangan orang kafir dzimmi. Orang itu sedang menjualnya di pasar Kufah. Ketika beliau melihatnya, beliau mengetahui dan berkata, "Ini adalah baju besiku yang jatuh dari untaku pada malam hari itu."

Lalu kafir Dzimmi itu berkata, "Ini adalah baju besiku dan sekarang ada di tanganku, wahai Amirul mu'minin."

Lalu Ali berkata, "Itu adalah baju besiku, aku belum pernah menjualnya atau memberikannya kepada siapapun, sehingga kemudian ia jadi milik kamu."

Lalu orang kafir itu berkata, "Mari kita putuskan melalui seorang Hakim kaum Muslimin."

Lalu Ali berkata, "Kamu benar, mari kita ke sana."

Kemudian keduanya pergi menemui Syuraih al-Qadli, dan ketika keduanya telah berada di tempat persidangan, Syuraih berkata kepada Ali RA, "Ada apa wahai Amirul mu'minin?."

Lalu Ali menjawab, "Aku telah menemui baju besiku di bawa orang ini, baju besi itu telah terjatuh dariku pada malam hari. Kini ia telah berada di tangannya tanpa melalui jual beli ataupun hibah."

Lalu Syuraih berkata kepada orang kafir itu, "Dan apa jawabmu ?."

Lalu dia menjawab, "Baju besi ini adalah milikku dan ia ada di tanganku tapi aku tidak menuduh Amirul mu'minin berdusta."

Maka Syuraih menoleh ke arah Ali dan berkata, "Aku tidak meragukan bahawa anda adalah orang yang jujur dalam perkataanmu, wahai Amirul mu'minin, dan bahwa baju besi itu adalah milikmu, akan tetapi anda harus mendatangkan dua orang saksi yang akan bersaksi atas kebenaran apa yang anda maksudkan tersebut."

Lalu Ali berkata, "Baiklah! Budakku Qanbar dan anakku al-Hasan akan bersaksi untukku."

Maka Syuraih berkata, "Akan tetapi kesaksian anak untuk ayahnya tidak boleh, wahai Amirul mu'minin."

Lalu Ali berkata, "Ya Subhanallah!! Orang dari ahli syurga tidak diterima kesaksiannya!! Apakah anda tidak mendengar bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, "al-Hasan dan al-Husain adalah dua pemuda ahli syurga."

Lalu Syuraih berkata, "Benar wahai Amirul mu'minin! namun aku tidak menerima kesaksian anak untuk ayahnya."

Setelah itu Ali menoleh ke arah orang kafir itu dan berkata, "Ambillah, kerana aku tidak mempunyai saksi selain keduanya."

Maka kafir Dzimmi itu berkata, "Akan tetapi aku bersaksi bahawa baju besi itu adalah milikmu, wahai Amirul mu'minin."

Kemudian dia meneruskan perkataannya, "Ya Allah!Amirul mu'minin menggugatku di hadapan hakim yang diangkatnya sendiri, namun hakimnya memenangkan perkaraku terhadapnya!!

Aku bersaksi bahawa agama yang menyuruh ini pastilah agama yang benar. Dan aku bersaksi bahwasanya tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan bahwasanya Muhammad adalah Hamba dan utusan Allah.

" Ketahuilah wahai Qadli, bahwa baju besi ini adalah benar milik Amirul mu'minin. Aku mengikuti tentara yang sedang berangkat ke Shiffin (Suatu daerah di Siria, di sana terjadi peperangan besar antara Ali dan Muawiyah RA) lalu menemukan baju besi terjatuh dari unta, lalu aku memungutnya."

Maka Ali RA berkata kepadanya, "Kerana engkau telah masuk Islam, maka aku menghibahkannya kepadamu, dan aku memberimu juga seekor kuda."

Begitulah kisah keadilan Undang - Undang Islam dan sikap mahmudah ( terpuji ) yang ditunjukkan oleh Khalifah Saidina Ali RA dan hakim Syuraih membuatkan seorang kafir menjadi Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...