Jumaat, 8 Oktober 2010
camping yang mencabarkan!!
ahli BSMM IPG kampus darul aman dan IPG kampus pulau pinang
4-7 oktober 2010..perkhemahan unit beruniform telah selamat berlansung di kem sri banai IPG kampus Darul Aman. perkhemahan ini juga disertai oleh ahli BSMM dari IPG kampus pulau pinang..diduga dengan cabaran yang pelbagai tidak mematahkan semangat kami untuk menghabiskan camping ini..
hari pertama, dah lah khemah BSMM je yang kan tempat panas, lepas tu, kami kene LDK sampai tengah malam...masa LDK tu pulak ada aktiviti pijak telur jangan sampai pecah dan apungkan clip kertas jangan sampai tenggelam..huhu, mencabar ke?? kalo nak tao korang kene cuba sendiri r..
kumpulan krisis identiti..rock!!!
hari kedua, LDK bencana alam dan simulasi bencana di kem seri banai..BSMM kene lagi kat tempat panas..wakaka, ape lah nasib...petang tu, one of our team dah kene culik, kami kene carik dye..masa kami jumpa, tangan dye dah berdarah..kene lah kami rawat..itulah game simulasi bencana..menarik x?? ntah r..huhuh..malam plak ujan lebat, so kami kene tidoq lah kat asrama..hihi, jangan marah noo
hari ketiga, mini KAGUM..aq masuk orientering..nak main menantang tu mudah je..tapi yang menyakitkan hati ea lah, nak cari clue..punya lah susah..ada dekat sejam gak r aq mencari manatang tu kat setiap check point..last2 dapat no 3 daripada 5 kumpulan..ok lah tu..petang tu ada belajaq ikatan dengan jabatan pertahanan awam (JPAM) best gak r..baru lah paham cara nak ikat..masa pek pek ajaq aq xdengaq sgt..huhu...malam tu ada malam kebudayaan best sesangat..ahli BSMM ipda dan i4p memang sporting giler lah wey..huhu
BSMM IPDA..huhu
hari keempat..lagi best, coz sume nak balik..wakaka..pas pentauliahan, kami semua berangkat membungkus pakaian dan terus blah ke rumah masing2 untuk menyiapkan asaimen..huhu..btw, 4 hari tu sangat menghiburkan ..hibur ke??? tu aq xpasti coz 2 hari ujan..huhu
Labels:
IPDA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan