Isnin, 6 September 2010

rasa rasa rasa ceria..



salam aidilfiri, maaf lahir dan batin

di kesempatan ini, saya ingin menghulurkan sepuluh jari memohon sejuta kemaafan kepada anda jika selama saya menulis blog in, ada yang terasa dan tersinggung. Semoga lebaran ini membawa sejuta kerahmatan kepada kita semua khususnya umat Islam dan semua manusia..insyaAllah..

Sabtu, 4 September 2010

rasa dodol rasa raya!!!

salam ramadan....lagi 5 hari nak raya..pe kowg dah siap2 nak raya ke?? aq baru je pas wat dodol ngn famili..huhu..penat doh..letih...



pukul 3.30ptg


pukul 5.30ptg


pukul 8.30 malam

Sabtu, 28 Ogos 2010

Ramadhan dan kueh raya!!

aq pulang ke kampung awal seminggu kerana akan mengadakan pengalaman berasaskan sekolah di sekolah lama ku SK BUkit rambai melaka.seronok+teruja+cuak sume ada rasenye..huhu.. ariney mak buat kueh raya. Penah dengaq x nama kueh AKAWALI?? mesti xpenah dengaq kan..huhu..sebenarnya aq pon xpenah dengaq, aq tao makan je..wakaka..tapi ariney aq dapat satu input baru, rupanya kuih AKAWALI ney lebih kurang macam maruku, cume kueh ney besaq skit jaa daripada maruku..


ney adalah acuan kueh AKAWALI


ney rupa kuih AKAWALI dalam kuali.. :D


tadaa, kueh dah siap..malam kang leh makan

jap ag aq masukkan gambaq kueh redan pulak ek, nenek aq ngah masak tu..hehe

Selasa, 17 Ogos 2010

masam manis ramadhan



Masam Manis Ramadan – (16 Episod) Setiap Isnin hingga Khamis, jam 5.30petang, mulai 16 Ogos

Siapa sangka panas hingga ke petang…Kehidupan rumahtangga yang bertahun dibina dengan harmoni bertukar menjadi porak-peranda apabila suami sendiri meminta cerai.

Walaupun perit, Suraya terpaksa meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal membesarkan anak-anak yang menjadi pendorong utama dengan berkerja sebagai pembantu dapur. Tanpa disangka, bakat memasak yang selama ini terpendam kini menjadi sumber punca pendapatannya apabila ramai yang mula menggemari hasil masakannya yang sangat enak.

Saksikan kisah suka-duka Suraya, wanita yang bersemangat cekal mengharungi apa jua cabaran kehidupan bersama anak-anaknya.

Pelakon: Sheila Rusly, Roy Azman, Finie Don, Naim Daniel, Chef Zam

aq baru tengok episode 1..mantap gak kak sheila rusli berlakon sedih..tak over cam anak cucu beton (dengar kata ada cicit betong plak) walaupun konsep drama tu biasa sahaja tapi idea gabungkan drama dan masakan memang menjadi lah.. cara sebutan sheila rusli dalam drama ney pun bagus jugak, dye pandai maen intonasi lah..hopefully drama ney dapat meningkatkan penghayatan ramadhan kita insyaAllah..mai pakat tengok naa..

Isnin, 16 Ogos 2010

saidina Ali, pemimpin terbilang

mulia nya sifat pemimpin Islam dahulu, walaupun berkuasa tetap patuh dengan ajaran Islam, tanpa menyalahguna kuasa di tangannya..saidina Ali karamawallahu wajha... nabi pernah bersaba jika aku gedung ilmu, maka ali ialah pintunya...
kisah di bawah ini sedikit sebanyak mampu menyedarkan kita sebagai ketua keluarga mahupun jawatan yang Allah kurniakan kepada kita..

Di kisahkan bahawa suatu hari Ali bin Abi Thalib RA kehilangan baju besinya yang sangat disukainya dan amat berharga baginya. Tidak lama dari itu, dia menemui baju besinya berada di tangan orang kafir dzimmi. Orang itu sedang menjualnya di pasar Kufah. Ketika beliau melihatnya, beliau mengetahui dan berkata, "Ini adalah baju besiku yang jatuh dari untaku pada malam hari itu."

Lalu kafir Dzimmi itu berkata, "Ini adalah baju besiku dan sekarang ada di tanganku, wahai Amirul mu'minin."

Lalu Ali berkata, "Itu adalah baju besiku, aku belum pernah menjualnya atau memberikannya kepada siapapun, sehingga kemudian ia jadi milik kamu."

Lalu orang kafir itu berkata, "Mari kita putuskan melalui seorang Hakim kaum Muslimin."

Lalu Ali berkata, "Kamu benar, mari kita ke sana."

Kemudian keduanya pergi menemui Syuraih al-Qadli, dan ketika keduanya telah berada di tempat persidangan, Syuraih berkata kepada Ali RA, "Ada apa wahai Amirul mu'minin?."

Lalu Ali menjawab, "Aku telah menemui baju besiku di bawa orang ini, baju besi itu telah terjatuh dariku pada malam hari. Kini ia telah berada di tangannya tanpa melalui jual beli ataupun hibah."

Lalu Syuraih berkata kepada orang kafir itu, "Dan apa jawabmu ?."

Lalu dia menjawab, "Baju besi ini adalah milikku dan ia ada di tanganku tapi aku tidak menuduh Amirul mu'minin berdusta."

Maka Syuraih menoleh ke arah Ali dan berkata, "Aku tidak meragukan bahawa anda adalah orang yang jujur dalam perkataanmu, wahai Amirul mu'minin, dan bahwa baju besi itu adalah milikmu, akan tetapi anda harus mendatangkan dua orang saksi yang akan bersaksi atas kebenaran apa yang anda maksudkan tersebut."

Lalu Ali berkata, "Baiklah! Budakku Qanbar dan anakku al-Hasan akan bersaksi untukku."

Maka Syuraih berkata, "Akan tetapi kesaksian anak untuk ayahnya tidak boleh, wahai Amirul mu'minin."

Lalu Ali berkata, "Ya Subhanallah!! Orang dari ahli syurga tidak diterima kesaksiannya!! Apakah anda tidak mendengar bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, "al-Hasan dan al-Husain adalah dua pemuda ahli syurga."

Lalu Syuraih berkata, "Benar wahai Amirul mu'minin! namun aku tidak menerima kesaksian anak untuk ayahnya."

Setelah itu Ali menoleh ke arah orang kafir itu dan berkata, "Ambillah, kerana aku tidak mempunyai saksi selain keduanya."

Maka kafir Dzimmi itu berkata, "Akan tetapi aku bersaksi bahawa baju besi itu adalah milikmu, wahai Amirul mu'minin."

Kemudian dia meneruskan perkataannya, "Ya Allah!Amirul mu'minin menggugatku di hadapan hakim yang diangkatnya sendiri, namun hakimnya memenangkan perkaraku terhadapnya!!

Aku bersaksi bahawa agama yang menyuruh ini pastilah agama yang benar. Dan aku bersaksi bahwasanya tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan bahwasanya Muhammad adalah Hamba dan utusan Allah.

" Ketahuilah wahai Qadli, bahwa baju besi ini adalah benar milik Amirul mu'minin. Aku mengikuti tentara yang sedang berangkat ke Shiffin (Suatu daerah di Siria, di sana terjadi peperangan besar antara Ali dan Muawiyah RA) lalu menemukan baju besi terjatuh dari unta, lalu aku memungutnya."

Maka Ali RA berkata kepadanya, "Kerana engkau telah masuk Islam, maka aku menghibahkannya kepadamu, dan aku memberimu juga seekor kuda."

Begitulah kisah keadilan Undang - Undang Islam dan sikap mahmudah ( terpuji ) yang ditunjukkan oleh Khalifah Saidina Ali RA dan hakim Syuraih membuatkan seorang kafir menjadi Islam

Sabtu, 14 Ogos 2010

sahabat bukan pada nama!!!



pernah tak korang mencaci kawan-kawan sendiri, walaupun niatnya nak bergurau, tapi sedarkah korang dalam Al-Quran surah Al-Isra'

“ Dan janganlah kamu menyakiti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanmya itu akan diminta pertanggung jawabanya”. (Q.S Al Isra : 39)

jangan ingat kawan tu ketawa dia suka korang buat dye macam tu.mereka juga ada perasaan macam kowg jugak.jangan lah buat mereka macam tunggul kayu, macam patung, macam binatang.mohon supaya kita berlindung daripada fitnah dunia ini..insyaAllah.ingatlah nabi Muhammad telah bersabda yang diriwayatkan oleh Anas r.a

“Anas r.a berkata bahwa nabi SAW. Bersabda, “tidaklah termasuk beriman seseorang diantara kamu sehingga mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” ( H.R Bukhari, Muslim, Ahmad, dan Nasa’i )



persoalannya, mampukah kita zaman sekarang ini mencintai sahabat kita seperti mana diri sendiri?? hatta dengan kekasih pon lom tentu cinta sakan melebihi diri sendiri. aq ada seorang kawan, dye ini baik, kalo orang kutuk dye, dye senyum je, pastu orang yang kutuk & menganjing dye pulak selalu mintak tolong kat dye..baik betul kawan aq ney..aq selalu tanya dye, ko tak de perasaan ke?? dye senyum je..entah lah, hanya dye dan Allah je tao ape rasa hati dye..

sempena ramadan kareem ney..ingatlah tidak lah sebahagian kamu itu puasa mereka hanya dpat lapar dan dahaga sahaja..wanauzubillah min zalik

Rabu, 11 Ogos 2010

program anak angkat bendang man



perumahan KEDA menjadi saksi ikatan silaturahim antara kami semester 4 dan juga ibu dan ayah angkat pada 8-10 ogos 2010..best nye..seronok sangat dapat jumpa ngn penduduk kampung perumahan KEDA bendang man..

ari pertama, sesi penyerahan ibu dan ayah angkat..aq dapat abah yusuf dan mak tijah..sporting sangat depa ney..depa dok ajak kami tidoq umah..tapi xdapat sebab kat kem ada LDK..sowie mak abah..aq dapat abg dan kakak angkat satu batch iaitu kak yuhanis, zuraida, najah ngn amsyar..best ooo..

hari kedua, kami bertolak ke umah abah pada pukul 8..masa kami sampai..abah ngn mak kuaq sat,jadi kami pun sama-sama kemas umah mak ngn abah..pastu, kak yu ajak masak soto dan begedil tuk mak ngn abah..mak ngn abah xpenah makan begedil..jadi kami try lah wat yang terbaik..pensyarah ipda pon puji masakan kak yu..haha..

pastu pas solat zuhur jamak ngn isyak, mak ajak pi lata mengkuang..best nye..tapi xdan nak mandi..tu yang tak syok..balik ke rumah, makan lagi..huhu..menunya nasi, sambal belacan, petai, ikan masin, dan labu masak lemak..pergh.best..abis makan, aq tidoq sat..pukul 6 mak ajak pi tengok ladang anggur kat empangan beris..kami dapat masuk percuma..dapat amek gambaq banyak kat dalam ladang tu...memang pengalaman yang tak dapat dilupakan


ini lah anggur yang dah hampir masak

sebelah malam, ada ceramah sempena ihya' ramadan..huhu..pastu ada jamuan skit..seronok sangat dapat pengalaman baru..hehee..pastu kami berkumpul di surau tok kembali ke camp site..

ari ketiga, kami mengadakan majlis perpisahan..mak ngn abah bagi adiah buat kami..dapat kurma manis betul..mana lah depa dapat..mesti mahal kurma tu..then kami bertukaq adiah dengan mak abah..kenangan program anak angkat memang tak boleh dilupakan..seronok dengan layanan penduduk.best..terbaekk..mantop..huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...