Jumaat, 6 Mei 2011

kau nak jadi lobak, telur atau biji kopi??

mak, zal dah x kuat mak..macam-macam bala sampai ney..masalah dengan bos, masalah dengan ina, masalah ngn member, masalah duit lagi...aduh, mak tolong zal mak..zal dah buntu mak, tak tahu nak buat apa lagi ni..

mak diam seribu bahasa....

"mak nak tolong ke tak nak ni mak"..(faizal membentak)

mak masih terjelepuk di atas kerusi usang itu...

"mak tolong lah mak" faizal merayu kepada emaknya

tiba-tiba mak bangkit dari kerusi itu, dan berjalan ke dapur..faizal membuntuti emaknya macam kerbau menuruti tuannya.. lantas mak bersuara..

"pi ambil lobak, telur dan biji kopi dalam lemari tu (almari) (dialek melaka)"

"kemudian kau tolong mak panaskan air di dalam 3 periuk"

"kalau dah panas, masukkan lobak dalam periuk A, telur dalam periuk B dan biji kopi dalam C"

"hebat mak aku ney rupanya, kat periuk siap dah labelkan A,B,C", getus hati faizal

"ape kau termenung lagi tu faizal, biarkan lobak, telur dan biji kopi selama 5 minit", mak berkata.

(5 minit kemudian)

"padamkan api, dan lihat apa yang terjadi pada lobak, telur dan biji kopi tersebut", suruh mak..

faizal membuat analisis bak saintis dalam makmal





lobak : menjadi lembik dan rapuh
telur : daripada lembik menjadi keras
biji kopi : tersebar dalam air panas, air jadi hitam dan berbau wangi mak..

mak pun berkata " macam tu manusia zal, kau kalau jadi manusia kene pilih nak jadi lobak, telur atau biji kopi. air yang mak suruh kau panaskan tu, ada cabaran dan dugaan dalam hidup kita".

"dalam hidup ini ada 3 jenis manusia ketika menghadapi cabaran, zal", ujar mak

"manusia jenis lobak: pada awalnya kental tapi bila berhadapan dengan cabaran, lembik dan rapuh terus hancur", kata mak

"manusia jenis telur: mulanya lembik, bila berhadapan dengan cabaran, kental dan keras hatinya",

"manusia jenis biji kopi: mulanya kecil sahaja, bila berhadapan dengan cabaran, dia mampu mengubah cabaran mengikut kehendak dan acuan dia sendiri, malah cabaran tersebut yang terpaksa tunduk kepada dia', ceramah mak panjang lebar.

"sekarang kau cakap dengan mak, kau nak jadi manusia apa?,

kisah di atas 30% aku ambil dari siri semanis kurma tv9 5/5/2011..70% hanyalah imaginasi aku


dugaan itu hanyalah ujian daripada yang maha esa untuk kita sedar bahawa betapa besarnya kita perlu kepada-NYA. perasan tak, bila ada ujian baru lah kita nak berdoa, merayu pada Allah.. aku pun tak terkecuali gak. ada masalah baru nak mengadu kat Allah..malunye aku nak meminta pada Allah padahal sebelum ini aku lalai dalam melaksanakan kewajipan aku,:(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...